Musa dan
Firaun
Musa dan Firaun merupakan sebuah kisah dengan himpunan pengajaran. Dari
satu sudut kita melihat kisah Musa dan Firaun sebagai sebuah lambang kebenaran
dan kebatilan atau pemimpin yang zalim dan pejuang keadilan.
Dari sudut lain yang selalu disebut juga adalah dakwah atau metode dakwah.
Kisah ini sungguh memberi makna cinta yang hebat. Kadang pelik juga untuk
memikirkan alasan kenapa mesti begitu. Namun demikian itulah keluasan kasih-sayang
Allah SWT sebagai Tuhan yang Esa tidak ada tuhan selain Dia.
Kalau difikir-fikir sudah layak kiranya Firaun untuk diberikan azab yang
memusnahkan langsung kerajaannya tanpa ada sisa bukti sedikit pun. Akan tetapi
Allah SWT biarkan bukti yang berkaitan dengan Firaun kekal hidup.
Dan yang kita sudah tahu adalah bagaimana perintah Allah SWT kepda Nabi Musa
supaya berkata dengan lemah lembut dalam berdakwah. Kita juga tahu Firaun
ketika itu sudah melakukan pelbagai kerosakkan dan kezaliman.
Pertembungan ini satu tanda dan tauladan dari seorang yang mulia dan
seorang yang ingkar atau lupa diri.
Firaun adalah seorang
yang ingkar manakala Musa mulia sebagai utusan Allah SWT.
Firman Allah
Kepada Musa
“ Pergilah kamu
berdua kepada Fir'aun, sesungguhnya dia telah melewati batas. (43) maka
berbicaralah kamu berdua kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan
ia akan ingat atau takut (44)" ( At-Thaha : 43 - 44 )
Allah SWT Maha Mengetahui akan
apa bakal terjadi. Allah SWT sudah pasti mengetahui akan kedegilan Firaun yang akan tetap menolak
dakwah Nabi Musa as.
Jadi mengapa
tetap diperintah kepada Nabi Musa as seperti itu?
Kisah ini tidak dirakam dalam Al-Quran sebagai
sejarah atau cerita kosong semata-mata.
Apa yang ingin disampaikan buat
kita selepasnya adalah bagaimana cara kita ingin berdakwah atau menyampaikan
kebaikan dalam kehidupan ini.
Musa itu mulia bahkan lebih
mulia dari kita. Mempunyai kedudukan sebagai Nabi Ulul Azmi yang paling hebat ujiannya. Mampu berkata-kata langsung dengan Allah SWT
tetapi diperintahkan supaya lembut dalam berdakwah kepada seseorang yang
berperibadi sebaliknya dari baginda yang mulia.
Firaun itu ingkar tetapi tidak
akan seingkar orang atau diri kita sendiri yang dipandang jahat dan berdosa.
Allah SWT memberikan harapan kepada Firaun melalui Musa as. Allah SWT juga
memerintahkan kelembutan dalam berdakwah kepadanya. Kalau Firaun Allah SWT
bersikap demikian, apakah orang yang kita pandang jahat atau diri kita sendiri lebih teruk dari
Firaun sehingga tidak boleh mendapatkan harapan dan kelembutan?
Bahkan seharusnya lebih lagi dari itu kerana kita adalah umat
Nabi Muhammad SAW!
Lembut itu cinta dan keras itu kebencian
Walaupun
banyak logik-logik dalam menyampaikan kebenaran atau berdakwah, maka kisah ini
tidak boleh disangkal kecuali dengan kehendak hati yang penuh kebencian.
Ada yang
berasa kekerasan dan sentakan itu perlu untuk menyampaikan supaya hati itu
boleh tersedar untuk berubah. Mungkin dia lupa yang memberi hidayat itu Allah
SWT bukan sentakan dari sesiapa apatahlagi manusia biasa yang tidak semulia
Musa as.
Tidak
ada sebab yang jelas melainkan kerana keadaan diri yang tertipu disebabkan amal
atau bebas dari kesalahan yang dilakukan orang lain.
Seandainya
benar sekali pun kita banyak amal atau bebas dari kesalahan, saya cukup yakin
kita tetap tidak akan semulia Nabi Musa as. Dalam hadis juga sudah jelas, “Seluruh
umat Adam akan melakukan kesalahan. Dan sebaik-baik yang melakukan kesalahan
adalah orang yang bertaubat.”
Kata
Khalifah Harun Ar-Rasyid ketika beliau dinasihat dengan kasar, “ Berkatalah
dengan bahasa yang baik, kerana aku tidak sejahat firaun dan kamu pula tidak
akan sebaik Musa. “
Tidak ada komentar:
Posting Komentar