Senin, 16 November 2015

Anak kecil ditepi jalan

Tangan melambai-lambai menjual koran 

Berharap ada yang sudi membeli
tidak kira kerana simpati atau keperluan
Setiap hari anak kecil itu di tepi-tepi jalan

Begitu derita sekali negara
sehingga anak kecil menjadi mangsa
Tidak seperti teman yang sebaya
asyik bermain sesuai dengan usianya

Ketika orang atas duduk di jabatan
Ketika ilmuwan berbalah tentang pemikiran
Ketika agamawan dipuja penuh kemuliaan
Anak kecil masih di tepi-tepi jalan

Apalah erti kedudukan yang diamanahkan
Apalah nilai idea yang dibahaskan
Apalah harga hormat yang didapatkan
Ketika anak kecil masih di tepi-tepi jalan

Berhenti menunding pada hal yang membezakan
Tepuklah dada dan buka mata untuk hal yang
lebih kemanusiaan. Jangan dibangga tenaga, idea dan kehormatan, 

ketika anak-anak kecil masih di tepi-tepi jalan

Anak kecil di tepi jalan
27122014
An-Nashr

Tidak ada komentar:

Posting Komentar