http://static.inilah.com/data/berita/foto/1134632.jpg |
Berhentilah
menangis
Kerana tidak
ada yang sudi mendengar
Tahanlah
kesakitan
Kerana tidak ada yang akan membantu
Matilah
bersendirian
Kerana
tidak ada yang peduli
Engkau
bukan sebahagian dari kami
Engkau
hanyalah nyawa yang tidak bernilai
Darah mu
tidak sama dengan kami yang lain
Semua yang
berlaku berpunca dari diri kamu sendiri
Jangan kamu
cuba memanggil-manggil kami.
"Dunia ini
luas dan bebas
Berusahalah
sendiri."
Pekik si
sombong!
Aku
memimpin untuk mengumpul harta buat
diri aku
sendiri, bukan untuk fikirkan kamu,
Aku menjadi
Agmawan untuk meraih nikmat
dunia yang
tebrbatas dan sementara, bukan
semata-mata
keikhlasan dan kebaikan.
Aku menjadi
pemikir, menulis dan berkarya
adalah untuk
kaya dan dilihat bijak,
bukan hanya
perlu melindungi kamu dan mengadili kamu.
Aku
diberikan kekayaan adalah untuk menikmati
hasil susah
payah aku, bukan untuk mensyukuri dengan memberi
Kerna diberi
ilahi.
Engkau yang
seperti tidak wujud.
Sesaat
engkau didengari, beribu tahun
Engkau dilupakan.
Sudahlah
jangan berharap dari yang berjauhan
apalagi yang
berdekatan.
Mereka
semua tidak tahu kewujudan kamu.
Mereka
tidak sama dengan kamu.
Mereka
berdarah lain,syurga yang lain,
Kuburnya lain,
matinya pun lain.
26012016
Tidak ada komentar:
Posting Komentar