Blog ini cumalah blog yang sederhana kalau mahu dibandingkan bersama blog-blog yang ada. Tujuannya, hanya mahu mencuba untuk menyampaikan sesuatu melalui cinta sebagai perantara. Tidak kira dari segi puisi, motivasi, pandangan dan cerpen. Kesemua kategori yang ada ditanam didalamnya unsur-unsur cinta, mudah-mudahan nanti akan mekar dalam jiwa pembaca yang membaca dan kemudian pembacanya pula menjadi sebahagian dari rantaian cinta yang meluaskan makna cinta dalam kehidupan. Amin
Mengapa dipilih Cinta?
Cinta itu tidak memaksa. Bahasanya jelas dan mudah untuk difahami. Cinta menjemput kesediaan dari diri yang membaca sendiri menerima apa yang disampaikan. Walaupun ada yang menggunakan bahasa sindiran yang berlebihan, menghukum dan sebagainya atas nama menyeru kepada kebaikan tetapi blog ini lebih memilih untuk bersikap sebaliknya.
Kategori-Kategori Blog
1- Puisi
Ini adalah himpunan pemikiran dan rasa penulis dari sumber yang dilihat seharian atau simpulan dari keadaaan semasa. Tidak ingin sekadar membuat puisi dengan bahasa yang terlalu metafora sehingga tidak mampu difahami dan cenderung juga kepada kiasan supaya makna akan difahmi secara meluas.
2- Cerpen
Masih dalam belajar untuk mengadaptasi idea atau fikiran dalam bentuk cerita ringkas. Dengan membawa tema-tema tertentu diharap dalamnya pembaca akan menemukan sendiri pengajaran atau pengetahuan yang berguna.
3- Pandangan Cinta
Di kategori pandangan cinta adalah tempat untuk penulis belajar membahas isu, masalah, politik, atau lain-lainnya dengan perantara cinta seperti disebut. Pembahasannya bukan kerana untuk menghakimi atau membuat kesimpulan yang memaksa. Pandangannya cuma untuk menambah fikiran dari fikiran yang telah ada supaya pembaca boleh membuat penilaian yang berbeza.
4- Motivasi Cinta
Seperti yang jelas kategori ini adalah ruang penulis untuk menulis sesutu yanhg menghidupkan hati yang lemah, rasa kecewa dan menambah semangat dalam kehidupan. Mudah-Mudahan isinya memberi manfaat kepada penulis dan pembaca.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar