Rambut
sudah mulai panjang.Wajah kelihatan sedikit gelap di cermin. Sudah semakin
tidak terurus penampilan diri aku. Dulu aku sangat menjaga penampilan yang mana
aku anggap sebahgian dari ajaran agama.
“Abang, pergilah guntinglah rambut.
Rambut dah panjang tu. Nampak macam orang gelandangan pulak. Pakai sikit bedak
dekat muka biar tak dilihat kusam” Isteri aku membebel.
“Ya. Nanti kita pergi sekali lepas
pulang kerja,okay?. Pakaikanlah bedak dekat muka abang cepat (sambiltersenyum).
Nanti kalau ada yang minat jangan marah ya.” haha
“Dah, jom gerak, kita dah terlambat
ni. Abang jangan macam-macam." sambil dicubit kecil ke lengan isteri
aku mengingatkan dalam manja.
Ramai kenalan yang perasan akan
penampilan aku yang berbeza. Tidak kurang ada yang menyindir. Aku masih
tersenyum kerana walaupun aku seolah-olah menjadi anak kecil itu suatu yang
membahgiakan.
Di
tempat kerja aku mencari ruang untuk mengirim
sms kepada Isteri.
“Salam alaik, bulat, jangan lupa ya,
nanti selepas pulang kita akan pergi gunting rambut dulu.”sms aku.
“Waalaikumsalam, jambu, ya baiklah tapi
abang kena belanja saya makan..huhu.”
“Ya janji, biar bertambah bulat lagi
awak tu.. haha” aku menyindirnya sebagai balasan.
Selang beberapa minit masuk sms
darinya cuma sepatah ayat, “JAMBU”.
Dia
memanggil aku jambu kerana terdengar ejekan dari teman sekerja. Teman sekerja
aku memanggil begitu kerana rambut aku yang disikat kemas dan muka yang selalu
kelihatan berbedak. Bagi lelaki, kalau ada lelaki yang terlalu kemas, berbedak
dan wajahnya comel-comel itu dipanggil jambu.
“Isteri aku selalu suruh aku
membiarkan misai atau janggut tumbuh panjang supaya kelihatan dewasa. Aku
menolak kerana janggut aku tidak berapa kelihatan berbanding misai aku yang
agak tebal sedikit. Bagi aku kalau cuma misai yang kelihatan itu seperti orang
zaman dahulu, seperti P.Ramlee.”
Setelah waktu jam 5.00 petang aku
langsung bergerak untuk menjemput isteri aku di tempat kerjanya. Biasanya dalam
perjalanan aku akan menelefonnya beberapa kali supaya dia tidak berasa lama
menunggu atau bosan
“Asslammualaikum, Puan,”
“Waalaikumsalam,
ya”
“Saya ingin melaporkan saya dalam
perjalanan sekarang puan. Mohon Puan tunggu dengan kesabaran.”
“Baik,
awak pun berhati-hati memandu. Mata tu pandang kedepan jangan nak tengok wanita
tepi- tepi jalan.” Kata isteri aku yang seolah-olah tahu dari jauh.
Pernah
aku terlewat sekali kerana leka berbual-bual dengan teman sekerja sampai tak
memaklumkan kepadanya. Dia merajuk dari malam sampai ke pagi. Nasiblah mudah
memujuknya dengan lawak yang santai dan belanja makan di Secret Recipe.
Dia memang suka makan kek. Aku selalu
menegurnya kerana wajahnya sudah cukup bulat. Wajah bulat tidak aku risaukan
kerana wajah bulatnya itu sesuai dengannya.Dia kelihatan comel dengan wajah
bulat. Akan tetapi yang aku risaukan kesihatan dirinya yang gemar makanan yang
manis-manis.
“Assalammulaikum, bulat, saya sudah sampai, bulat di mana?”
“ Waalaikumsalam, saya dekat tempat
biasa”
“Saya kesana, tunggu di situ.”
Tempat
biasanya yang dimaksudkan adalah Kedai Cendol dipinggir jalan berhampiran
tempat kerjanya. Dia sudah selalu tunggu disitu sambil menikmati cendol tapai
pulut. Dia sering juga rehat di situ sendirian.
Aku pernah menyuruhnya makan bersama-sama
temannya di restoran atau kedai lain.
Dia
akan menjawab dengan mudah, “ Orang kedai tu dah kaya,”
Aku tersenyum mendengar
jawabannya.Walaupun singkat aku tahu maksudnya. Isteri aku memang mudah
prihatin kepada nasib orang lain. Dia sanggup bawa bekal dari rumah semata-mata
ingin duduk makan di cendol Makcik Rahmah.
Bagi dia itu juga ibarat satu kebajikkan. Jujurnya aku berasa tenang
dengan sikapnya.
“Sayang.” Jerit aku dari dalam
kereta.
“Ya, kejap, sikit lagi cendol ni
habis”
“ Berapa mangkuk yang awak makan
ni?”Soal aku.
“Satu selepas habis satu tadi” dia
menjawab sambil ketawa.
Makcik Rahmah turut ketawa dengan
sikapnya.
Kata
Makcik Rahmah, “cepatlah sikit, suami dah tunggu, Tak payah paksa nak
habiskan cendol tu."
Jawabnya singkat, " Membazir ni ibu."
“ Ya, tapi cepat sikit” jawab
Makcik Rahmah yang sudah dianggap ibu oleh isteri aku tadi.
Mereka
sudah sangat rapat seperti anak dan ibu. Hati yang penyayang memang mudah
membina hubungan walau tidak ada pertalian darah menurut aku.
Dalam kereta aku memerlinya,
“Berapa mangkuk awak makan tadi? Tak perlu lagi kita ke Secret Recipe ya?"
“ Pergilah gunting sendiri” jawab
dia sambil muka berkerut.
“ Guraulah, kita berhenti solat
dulu di masjid, Selepas itu baru kita pergi gunting rambut.”
“Ya, saya pun belum solat juga ni." Dia mengeluh kecil.
BIPPPPPPPPP….BIPPPPPPPP………..BIPPPPPPPP…..
Sms yang masuk menyedarkan aku dari
lamunan kenangan. Sms dari teman sekerja yang memberi pesanan supaya jangan
lupa membawa fail penting untuk mesyuarat nanti.
Agak kekok juga sebenarnya hidup
seperti ini. Dulu yang selalu dijaga dengan rapi kini sendiri. Kalau dulu
selalu diingatkan tetapi harus bersikap dewasa lebih serius mengingatkan hal
yang penting.
Aku memberi semangat kepada diri
dengan apa yang apa yang disebut sebagai hadiah kehidupan. Setiap kali aku didepan cermin aku mengingatinya. Setiap kali aku melewati masjid yang kami
sering singgah untuk solat atau ke pengajian, aku mengingatinya.
Bagi aku hadiah kehidupan yang
berharga adalah kenangan. Kita akan menyedari harga setiap yang kita lalui
dalam kehidupan kita apabila ia menjadi kenangan dan kita tidak boleh
memilikinya lagi. Syukurlah aku mempunyai kenangan bersamanya yang cukup
membuat aku terus tersenyum.Dia masih ada di hati aku setiap kali kenangan
bermain-main difikiran.
“Semoga engkau bahagia di
sana.”Inilah doaku buat kamu yang dicintai.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar