Selasa, 24 November 2015

Luahan Rasa


          


             Panjang rambutnya separas bahu, lurus dijaga dengan rapi, gaya rambut depannya diturunkan kelihatan sangat comel bersama wajahnya yang bulat dan kulit yang putih, tingginya kalau dilihat pasti akan menyangka dia masih remaja sedang umurnya sudah melepasi 20an, gaya dia berjalan bersahaja tidak formal atau dibuat-buat, dia adalah dirinya apa adanya.

Semua yang mengenali senang kerana sifatnya yang rendah hati dan ramah dalam berteman. Pastinya tidak kurang yang cuba mendekati dengan bermodalkan pelbagai kata-kata cinta dan harta benda. Semua itu sama sekali tidak dapat memancing hati  wanita sepertinya yang sudah berdikari dan lebih menghargai peribadi dari materi. Dari kerana  sifatnya itu ada juga yang memendam rasa dan cuma memerhati dari jauh. Di antaranya adalah seorang jejaka bernama Fairuz.

Fairuz bukanlah seorang yang yang bijak bergaul. Dia seorang yang kaku dengan lawak spontan secara tiba-tiba, diam ada masanya dan bersendiri di kebanyakkan masa yang lain. Akan tetapi diamnya berfikir dan bersendiri membuat perancangan yang bermakna. Maka layaklah dia cuma ibarat kaunter pertanyaan dan juga tempat pengaduan masalah. Selain dari itu dia kurang atau tidak bersama-sama dengan yang lain.

Dia pernah duduk memikirkan gadis pujaannya, apakah dia cuma memendam rasa itu sehingga waktu maut yang tiba dahulu atau gadis pujaannya Sarah dipelaminan bersama orang lain.  Dia pernah merangkap beberapa puisi yang menggambarkan segala isi hatinya yang tidak terjelaskan oleh kata-kata, puisi yang diberi tajuk, ‘Gadis Khayalan’,

Duduk memikirkan tentang seorang gadis.
Segala yang ada padanya mampu memikat hati.
Ingin digambarkan kecantikkannya tetapi cantik
Itu berbeza mengikut mata yang memandang.
Ingin memuji tapi tidaklah melebihi sifat manusia biasa.

Kagum dengan caranya menjadi teman buat setiap orang.
Jelas padanya kasih-sayang dan kelembutan.
Tidak nampak perbezaan dalam berteman dan perhubungan.
Mungkin kerana dirinya telah faham hakikat manusia
dan cerita kehidupan yang penuh warna.

Hubungan dengan tuhan tidak menjadikannya keras
dalam menyusun kata dan lembut melihat  kerenah saudaranya.
Benar apa yang dikata cinta kepada tuhan seharusnya
membuatkan seseorang makin cinta kepada makhluknya juga.
Semuanya dilakukan dengan cubaan ikhlas dan kesungguhan.

Sebagai gadis dirinya bijak membawa diri seperti angin.
Adakalanya lembut bagai bayu yang datang menyapa.
Adakalanya tegas bagai ribut yang kuat dalam berprinsip.
Menjadi gadis bukanlah mudah bagi yang hanya melihat.
Namun dirinya kerap belajar sesuatu dari segala yang berlaku.

Asyik memikirkan tentang ciri-ciri gadis khayalan, lamunan
Khayalan berhenti dan diri tersenyum malu.
Diketuk dengan perasaan yang diri bukanlah seindah mana
untuk menyapa bunga yang indah di taman.
Namun, demikianlah hakikat kehendak manusia biasa.
Segala susunan cerita mestilah indah ketika mana berada dalam khayalan.
Dan aku pastinya manusia biasa.

            Bermain dalam khayalan sudah biasa buat Fairuz. Apatah lagi melihat pujaan hati dirinya lalu didepan mata. Boleh jadi jantungnya ibarat berhenti, boleh jadi dia hilang dari alam nyata ke alam khayalan seperti selalunya. Penangan cinta bertukar angau ini sungguh luar biasa. Fairuz sendiri sudah agak tertekan  memendam perasaan dan duduk dalam khayalan. Dia ingin untuk menyapa gadis pujaan seperti seorang lelaki pecinta dalam kebanyakkan tulisan percintaan dahulu.


***

Kesempatan untuk menyapa gadis pujaan itu datang. Seolah-Olah tuhan mengerti dan membantu dirinya. Fairuz berasa doanya dimakbulkan tuhan, keyakinan Fairuz memuncak tinggi kerana berasa tuhan menyertai perjuangan cintanya.

            Disebuah pondok kayu, cuaca yang mendung bersama angin sepoi-sepoi bahasa membawa diri Fairuz menghampiri Sarah ‘Gadis Khayalan’ yang sedang duduk sendirian membaca buku.
            Dengan lafaz Bismillah di dalam hati dikuti dengan memberi salam dimulut dengan nada penuh harapan.

            “Assalammualaikum, maaf menganggu, saya Fairuz.”
            “Waalaikumsalam, ya, saya sudah kenal.”

Keyakinan yang tadi memuncak tinggi langsung menjunam membumi dengan jawaban Sarah yang sudah mengenalinya. Berkecamuk fikiran Fairuz, muncul pelbagai pertanyaan yang terpaksa diberikan jawaban oleh dirinya.

                        “Macam mana dia boleh kenal, ada orang kata yang buruk-buruk  pasal aku ke?”
“Aku ada buat salah  ke, atau dia dapat tahu perangai aku yang tak elok?

            Fairuz memaksa dirinya tenang dan meneruskan perbualan untuk mendapatkan jawaban.
            “Macam mana boleh kenal saya, ”

            “Kenal dari kawan kamu juga, Anis” 

Hati Fairuz berbunga-bunga. Jelas kelihatan wajah Fairuz  tersenyum kerana harapan semakin menjadi kenyataan. Ini petanda jalannya akan semakin mudah teriak hati Fairuz yang sedang berdendang irama gembira.

Sarah bergegas bangun dan pergi meninggalkan Fairuz. Fairuz masih berbunga-bunga kerana dapat berbual walaupun sekadar beberapa rangkap. Bagi Fairuz sekarang adalah meneruskan hajatnya untuk menyampaikan isi hatinya kepada Sarah. Zaman sekarang tak boleh lambat-lambat nanti jadi tetamu di majlis perkahwinan. Hal tetamu di majlis perkahwinan merisaukan Fairuz.

***

Fairuz memperpanjangkan lagi langkahnya dengan mengirim sms kepada Anis untuk mendapatkan nombor telefon Sarah.

“Salam, sihat, tengah buat apa?”
“waalaikum salam, Alhamdulillah, apa mimpi tiba-tiba sms aku ni?” balas Anis.
Fairus meneruskan niatnya, “haha, aku mahu mintak tolong boleh, kirimkan no. Sarah!”
“Gatal juga kau ni, ingat tak ada perasaan, 01729956789, jangan cakap aku bagi ya”

Kedengaran lagu cinta Dakmie berlagu di kepala Fairuz sebaik melihat nombor Sarah dikirm Anis. Fairus tidak terburu-buru langsung mengirim sms ke Sarah. Dia tunggu selepas waktu Isyak, selepas berhubungan dulu dengan Maha Cinta bagi memudahkan urusannya. 

Fairuz dengan hati yang penuh cinta menaip berberapa ayat kepada Sarah. Moga-Moga dia dapat rasakan getaran rasa di hati aku. Orang kata menulis dari hati akan ke hati bisik Fairuz.

“Salam, saya Fairuz, saya menganggu Sarah tak?”
“Waalaikum salam, tahu, tak menganggu pun, kenapa sms ni.”
Fairuz terkejut lagi tetapi kurang sedikit berbanding di pondok kayu tadi  kerana Fairuz sudah mengesyaki Anis.
“Anis yang beritahu ya, huhu, saya ada nak ceritakan sesuatu.”
“ Ya dia yang beritahu awak mintak no saya, saya dah simpan no awak awal-awal, nak cerita apa  ni?”

Fairuz cuba menyusun kata-kata kerana Fairuz tahu kalau dia silap menyampaikan maksudnya, perasaannya cuma akan jadi kenangan walau semurni apa niatnya terhadap Sarah.

“Sebenarnya saya ada hati dekat awak, dah lama nak beritahu tapi malu sebab saya ni siapalah nak disbanding dengan awak.”

Fairuz terus meluahkan rasanya yang terbuku lama di dalam hati dan berharap ada balasan yang positif daripada Sarah. Hampir satu jam  menunggu tak ada balasan daripada Sarah. Fairuz mulai putus harapan dan mungkin Sarah bukanlah jodoh yang tertulis untuk dirinya.  Dia perlahan-lahan melepaskan telefonnya yang dipegang dari tadi ke katil. Sedang melayan perasaan kecewa yang teramat, telefon Fairuz berbunyi tanda masuk sms.

Terlihat di skrin telefon ada sms tetapi daripada Anis. Fairuz mulai lagi memikirkan yang negatif. Sarah mesti ada luahkan perasaan bencinya dekat Anis. Fairuz buka sms Anis dan dibacanya dengan teliti sms Anis yang agak panjang.
\
“Salam, Fairuz, Sarah suruh aku sampaikan dekat kau ni, dia bukan tak nak balas pengakuan kau tadi tapi kau cukup tahulah dia  tak nak kecewa lagi. Bukan sekali ada orang datang luah perasaan dekat dia, banyak kali juga dia kecewa. Sebenarnya dia ada hati dekat kau juga, dia suka tengok kau yang diam dan nampak macam bodoh-bodoh sikit. Hehe, dia tahu kau baik sebab selalu bantu kawan-kawan kau, dengar masalah orang, yang penting dia suka baca status kau di laman social, jadi kau faham-faham sendirilah ya, selamat malam.”

Ada sebahgian yang membuat Fairuz tersenyum dan ketawa sendiri membaca sms Anis. Fairuz tahu itu mungkin yang disembangkan Anis dan Sarah sewaktu dia menunggu sms balas dari Sarah. Ada juga bahagian yang membuatkan Fairuz serius dan ingin bertanggungjawab atas luahan rasanya kepada Sarah. Emosi yang bercampur-baur membuahkan beberapa kata puisi di kepala Fairuz, Fairuz langsung mengambil pen dan menulis,


“ Rasa cinta sesuatu yang berharga
Sampaikanlah kepada pemiliknya
Biarkan ceritanya tersebar ke seluruh dunia
Sepertimana pecinta dahulu kala
Yang menghidupkan jiwa-jiwa dengan kisah mereka.”






  

Tidak ada komentar:

Posting Komentar