Tokoh
yang Baik dan Pengikut yang Baik
Perbezaan itu indah. Kepelbagaian
warna menimbulkan keindahan yang tersendiri. Pelangi tidak menarik perhatian
kalau munculnya dengan satu warna. Taman Bunga tidak lagi harmoni kalau hanya
berwarna merah mawar. Dunia mungkin malap kalau hanya hitam putih seperti
dilayar kaca sebelum datangnya kemajuan warna.
Allah SWT telah memutuskan
kepelbagaian ini untuk kita berfikir. Belajar untuk membawanya dalam kehidupan
kita yang lain. Inilah yang dimaksudkan sifat mereka yang mereka yang berfikir
dalam ayat :
ٱلَّذِينَ يَذۡكُرُونَ ٱللَّهَ قِيَـٰمً۬ا وَقُعُودً۬ا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمۡ وَيَتَفَڪَّرُونَ فِى خَلۡقِ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ رَبَّنَا مَا خَلَقۡتَ هَـٰذَا بَـٰطِلاً۬ سُبۡحَـٰنَكَ فَقِنَا عَذَابَ ٱلنَّارِ ١٩١
191. (yaitu) orang-orang
yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan
mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya
Tuhan Kami, Tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha suci Engkau,
Maka peliharalah Kami dari siksa neraka. ( Al – Imran : 191)
Mereka melihat segala yang diciptakan Allah disekliling mereka lalu
mereka dapat mengaitkan dalam bentuk yang bermakna dalam kehidupan mereka.
Perbezaan tidak terjadi dalam bentuk
warna bunga, pelangi, bumi atau lain-lain. Perbezaan telah timbul dalam
penciptaan manusia, pemikiran, kebudayaan, tingkah-laku dan begitu banyak
lagi. Apakah kita mahu pasif juga dalam
perbezaan ini sepertimana kita pasif terhadap perbezaan sekeliling kita atau bersikap
terbuka.
Perbezaan
dalam masalah agama ini.
Sejak ratusan tahun permusuhan ini
terjadi dan kita membawanya sampai zaman ini tanpa ada sikap yang berkinginan
menghentikannya. Kita mudah bercakap untuk mengormati agama lain tetapi tegas
mengkafirkan sesame sendiri, melabel sesame sendiri dan sepertinya.
Kekeliruan ini bukan kerana kurang
ilmu. Mereka yang bersuara seperti ini adalah orang alim, ulama, mereka
berpenampilan agama dan berjenama agama. Seseorang yang seharusnya
menyelasaikan permasalahan ini bahkan membuka ruang kebencian dan permusuhan.
Kita memerlukan tokoh yang baik.
Tokoh yang bebas dari kepentingan peribadi. Kepentingan peribadi menurut saya
adalah merasakan diri paling benar, paling luas ilmunya dan lebih teruk
ingin dipuja.
Kepentingan peribadi yang ada pada tokoh inilah yang menyebabkan
kerosakan kepada agama dan umat islam yang mengikut mereka. Tokoh yang terbaik
adalah Nabi Muhammad SAW. Tokoh yang baik perlu ada dalam diri mereka sifat
seperti Nabi yang dengan rendah hati mengikut wahyu Allah SWT supaya
menyampaikan,
قُلۡ إِنَّمَآ أَنَا۟ بَشَرٌ۬ مِّثۡلُكُمۡ يُوحَىٰٓ إِلَىَّ أَنَّمَآ إِلَـٰهُكُمۡ إِلَـٰهٌ۬ وَٲحِدٌ۬ۖ فَمَن كَانَ يَرۡجُواْ لِقَآءَ رَبِّهِۦ فَلۡيَعۡمَلۡ عَمَلاً۬ صَـٰلِحً۬ا وَلَا يُشۡرِكۡ بِعِبَادَةِ رَبِّهِۦۤ أَحَدَۢا (١١٠)
110. Katakanlah:
Sesungguhnya aku ini manusia biasa seperti kamu, yang diwahyukan kepadaku:
"Bahwa Sesungguhnya Tuhan kamu itu adalah Tuhan yang Esa".
Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya, Maka hendaklah ia mengerjakan
amal yang saleh dan janganlah ia mempersekutukan seorangpun dalam beribadat
kepada Tuhannya". (Al-Kahfi : 110)
Allah SWT tahu
keikhlasan Nabi SAW dalam berdakwah, banyak pujian dari Allah SWT terhadap Nabi
SAW menyatakan ketinggian akhlaknya dan kasih-sayangnya. Akan tetapi Allah SWT
ingin Nabi SAW menyampaikan ini sebagai peringatan lagi agar tidak ada
kepentingan peribadi sepertimana yang disebut ini. Dan lebih penting supaya
tidak berlaku sifat pemujaan yang berlebihan kerana maksud yang sebenar dalam
perutusan Nabi SAW adalah mentauhidkan Allah SWT.
Begitu juga misalan kepada tokoh agama supaya punya
kesedaran seperti ini. Kesedaran untuk mengucapkan dengan jelas dihadapan umum
bahawa dirinya manusia biasa yang ingin menyampaikan sesuatu dengan penuh
keikhlasan dan rendah hati.
Sangat
menyedihkan, hal ini agak payah untuk ditemukan terhadap tokoh tertentu, bahkan
kalau kita pengikut yang baik, maka kita akan tahu, bahawa tokoh tertentu ada
pada dirinya kepentingan peribadi yang disebutkan.
Kalau ada pada
dirinya sifat seperti Nabi SAW, maka pastilah seseorang tokoh itu menahan
dirinya untuk saling bermusuhan dengan orang lain apalagi sesama umat islam.
Kerana tidak ada pada kepentingan peribadi buat dirinya melainkan tujuan yang
suci kerana agama dan Allah SWT.
Pengikut yang Baik
Kita juga
memerlukan pengikut yang baik. Pengikut yang boleh menjaga perbezaan yang
dibawa oleh tokoh yang mereka sanjungi. Menghormati orang lain dengan penuh
akhlak. Kadang tanpa sedar seseorang tokoh boleh dirosakan oleh pengikutnya,
ibarat raja yang berbogel kerana dipuji kelihatan cantik oleh menterinya.
Dan ini tidak
mustahil, tokoh yang berilmu atau wara boleh menjadi bodoh dan jahat hanya
kerana pengikut. Pengikut yang membentuk tokoh sedangkan tokohlah yang harus
membentuk pengikut kerana kredibilitinya yang ada pada dirinya.
Pengikut yang baik
itu adalah menjaga dari fitnah. Menutup ruang-ruang yang boleh merosakan
seseorang tokoh itu sama ada dalam permusuhan atau perdebatan yang tidak jelas.
Zaman ini lagi, mudah untuk membuat keributan dengan hanya memasukan video
ucapan tokoh tertentu dengan tujuan untuk memancing perbezaan dengan cara tidak
sihat.
Semoga kita
bukanlah pengikut uzair yang mrosakan kemuliaan Uzair yang jelas sebagai
seorang Nabi Allah SWT. Jangan kita mendabik dada atas nama tokoh tertentu
berserta dengan fahaman yang kita yakini.
وَٱعۡتَصِمُواْ بِحَبۡلِ ٱللَّهِ جَمِيعً۬ا وَلَا تَفَرَّقُواْۚ وَٱذۡكُرُواْ نِعۡمَتَ ٱللَّهِ عَلَيۡكُمۡ إِذۡ كُنتُمۡ أَعۡدَآءً۬ فَأَلَّفَ بَيۡنَ قُلُوبِكُمۡ فَأَصۡبَحۡتُم بِنِعۡمَتِهِۦۤ إِخۡوَٲنً۬ا وَكُنتُمۡ عَلَىٰ شَفَا حُفۡرَةٍ۬ مِّنَ ٱلنَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنۡہَاۗ كَذَٲلِكَ يُبَيِّنُ ٱللَّهُ لَكُمۡ ءَايَـٰتِهِۦ لَعَلَّكُمۡ تَہۡتَدُونَ ١٠٣
103. dan berpeganglah
kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan
ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah)
bermusuh-musuhan, Maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena
nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang
neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah
menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk. (al-Imran :
103)
Jadikan ayat ini
sebagai peringatan buat kita dalam menjadi pengikut terhadap faham yang kita
yakini benar. Jangan sampai kita melanggar maksud peringatan Allah SWT diatas.
Ketika mana kita ada pilihan untuk menghindarkan kebencian, permusuhan dan
saling-menghormati sesame ahlul kiblah tetapi kita sanggup melabel dan sehingga
menghalalkan darah yang lain.
Ali bin Abi Thalib
pernah ditanya oleh seseorang, “Mengapa saat Abu Bakar dan Umar menjadi
Khalifah keadaannya makmur, namun saat Usman dan kamu menjadi Khalifah, keadaan
berubah kacau-bilau?
Jawab Ali, “ Kerana saat Abu Bakar dan Umar menjadi Khalifah,
pengikut mereka adalah orang-orang seperti aku dan Usman. Namun, saat aku dan
Usman menjadi Khalifah, pengikutnya adalah orang-orang seperti kamu”.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar