Rabu, 30 September 2015

Biar Cinta Sebagai Perantara

Mari kita mulakan segalanya dengan cinta sebagai perantara.

Cinta bukan sekadar lambang romantis untuk sebuah perhubungan lelaki dan wanita semata-mata.

Cinta sebenarnya mewakili seluruh kehidupan. Ketika kita sedar atau tidak, nilai cinta dalam diri yang telah menjadikan siapa kita pada hari ini.

Hari ini ramai yang menolak untuk menyebut-nyebut lafaz cinta kerana berasa lafaz itu terlalu sentimetal. 
Dan lebih teruk merasakan cinta itu terlalu "poyo" bahasanya. 

Apakah jiwa kita teralu keras sehingga benci kepada lafaz yang indah dan bermakna?

Cinta tanpa ungkapan

Tidak ada paksaan untuk menyatakan cinta. Walaupun cinta diungkap seratus kali sehari tapi tanpa dibawa kesedaran hati yang turut mencintai, maka ianya adalah lafaz yang 'kosong'.

Keperluan untuk menyebut cinta atau menyatakannya adalah dengan tujuan supaya hati akan sentiasa hidup bersamanya. Hati akan sering dipengaruhi oleh apa yang kita tumpukan. Tumpuan ini memerlukan kebiasaan yang sering diulang-ulang.

Kita memang tidak akan dapat menjadi pecinta yang sempurna. Cinta bukan membawa maksud sempurna juga sebenarnya. Akan tetapi cinta mengajar kita untuk memberi sesuatu yang terbaik dan belajar menerima apa adanya.

Bumi tidak indah kerana sempurna seperti alam fantasi. Pergilah ke timur atau barat dan utara atau selatan. Diantara ini ada tempat yang indah dilihat dan ada yang sebaliknya. Begitupun tidak dapat dinafikan sedikit yang indah itu sudah cukup memberi makna apabila kita melihatnya.

Bagaimana kita melihat bumi begitulah kita dalam kehidupan dan cinta. Kehidupan kita tidak tertulis untuk sempurna. Kadang ada cacat-cela yang perlu diperindahkan. Menghadirkan keindahan itu bukan dengan kesempurnaan atau memiliki apa yang dimahukan, sebalilnya adalah dengan memiliki 'Cinta'.

Memiliki 'Cinta'  mesti yang lahir tulus dari hati. 

Masa Yang Panjang.

Banyak yang harus kita lewati, banyak yang harus dipelajari dan banyak kali harus kita ulangi untuk mengidupkan cinta dari hati. 

Apatah lagi kita tidak mengenal makna itu secara kerap dari kecil hingga dewasa. Bahkan kalau ingin dihitung pasti kalimah yang membawa kepada kebencian lebih banyak dari membawa kecintaan.

Maka jangan pernah jemu.

Hari ini engkau melihat kebencian atau engkau menjadi sebahgian darinya, itu tidak berarti engkau tidak mampu berubah untuk menjadi pecinta. Bersedialah untuk menerima kesilapan dan tukarlah kepada kecintaan.

Berhenti dari menjadi rantai-rantai kepada perbuatan atau apa saja yang bersambung dengan kebencian. Nanti engkau atau kita akan melihat kelainan dalam jiwa dan tidak mustahil dunia.

Ini bukanlah mimpi atau sekadar metafora. Alam ini bahkan dicipta dengan kasih-sayang dan kemurahan Tuhan yang Maha Esa. Kita diciptakan dengan penuh kecintaan dan harapan yang sangat mulia sebagai hamba-Nya.

Dengan cinta jugalah nanti segala kekacauan yang ada di masa kini akan berbetulan seperti sediakala dan bermula untuk menjadi seperti bunga yang menanti untuk mekar dan menjadi penyeri di sepanjang jalan atau taman kehidupan dunia.


Tidak ada komentar:

Posting Komentar