“Sebelum
tidur ni cubalah cari cerita yang kelakar sikit” ujar Syukri
“
Kelakar aku tak berapa sangat, antara kita bertiga Razif yang selalu buat
lawak.” Halim memberi cadangan
Syukri bersetuju dan merayu kepada Razif “Betul
juga, Razif cepatlah cerita, biar terhibut hati yang lara ni. Haha”
“Aku
tak pandailah, tapi aku ada teringat cerita orang gila, tak kelakar pun kau dan Syukri kena gelak juga.” Razif
membalas bersetuju
Syukri dan Halim mengangguk tanda bersetuju
dan diam untuk menghayati cerita tentang orang gila dari Razif.
“
Ceritanya begini, ada dua orang gila, kita sebut yang pertama A dan yang kedua
sebagai B. A dan B ini duduk berdua disebuah meja. Tiba-Tiba Si A ini naik ke
atas meja dan menjerit,
“Akulah matahari yang menyinari alam ini”,
Terkejutlah
Si B ini melihatkan gilanya kawan dia Si A tadi. Dia terus berlari mencari
Doktor dan mengadu,
“Doktor,
Si A tadi makin menjadi-jadi gilanya.”
Doktor
tadi dengan sedikit hairan bertanya, “ Kenapa dengan Si A?”
Si B
terus menjawab dengan bersemangat, “ Tadi waktu kami duduk berdua, Si A
tiba-tiba naik ke atas meja dan menjerit,
“Akulah
matahari yang menyinari alam ini.”
Doktor
tadi sangka Si B ada perubahan dengan wajah yang senang hati Doktor memberi
arahan, “ Suruhlah Si A turun kalau dia naik atas meja.”
“Saya
takut doctor” Si B wajah berkerut.
Doktor
itu fikir Si A itu pesakit yang ganas atau lain-lain dia bertanya, “ kenapa
takut kan kami ada.”
“Saya
takut, kalau suruh dia turun nanti alam ini gelap!”Jawab Si B perlahan.
Hahahaha…. Hahaha…. Hahaha…
Suasana yang diam tadi bertukar riuh dengan
ketawa Halim dan Syukri. Mereka betul termakan dengan lawak Razif. Kisah orang gila modal yang berguna
bagi Razif pada malam ini.Dia berjaya mengiburkan hari dua orang sahabatnya
yang dia telah kenal dari awal semester dan tinggal bersama dalam bilik yang
disewa.Razif selalu disuruh bercerita kerana dia punya modal bacaan yang banyak
berbanding Halim dan Sukri.Menjadi pencerita seperti seorang ibu bapa sudah biasa
bagi Razif buat Halim dan Syukri.
“Dah la, esok ada kelas, jomlah tidur.”
Razif cuba menghentikan suasana riuh.
“ Ceritalah pengajaran dulu, barulah cerita
ini tak jadi kosong.” Syukri mengajukan permintaan terakhir.
“Pengajarannya, kita sentiasa kaji dan
selidik setiap cerita yang kita dengar. Jangan menilai atau percaya semudahnya
peribadi orang dari mulut orang lain. Apalagi kalau orang tu gila macam Si B
juga” Razif cuba memberi pengajaran dengan diselit lawak.
“Haha, betullah Razif, kadang betul, kadang
salah dan kadang betul yang ditambah-tambah lagi.”Syukri menambah.
“Kau tengok Halim dan tidur dah, cepat
betul dia tidur, jom kita tidur” Ajak Razif sambil ketawa kecil melihat Halim
yang sudah terlena.
***
Rupanya bersahabat itu juga memerlukan
cinta dan kadang ceritanya hampir seperti bercinta dengan jalan yang
berbeza.Mereka bertiga tidak lepas bersama.Ingin dikata seperti belangkas,
contoh ini terlalu spesifik untuk pasangan.Boleh dikatakan mereka adalah
sahabat belangkas yang tidak pernah berpisah.Agak payah untuk melihat mereka
disuatu tempat tanpa lengkap bertiga.Ke kelas, masjid, pasar raya, bersukan,
dan makan juga sekali. Mudahnya, mereka akan pastikan mereka duduk bertiga
sepanjang masa.
“ Aku
tengok kau hebatlah bentang dekat depan. Macam pemimpin politik
dah.Ayat-ayatnya bombastik” Halim memuji Razif.
“Sebenarnya aku berdebar-debar tetapi aku
kawal buat macam tenang.haha” Razif cuba menafikan pujian Halim.
Razif
tidak suka dipuji dan berasa pujian bukan suatu yang baik.Berbeza Halim yang
menganggap pujian itu suatu ganjaran atas setiap usaha atau kelebihan yang kita
miliki. Syukri juga tahu akan tentang fikiran Halim ini dan kesan kontra yang
akan ada disebalik fikiran sepertinya. Namun persahabatan yang sempurna
sentiasa melupakan kekurangan sahabatnya dengan rendah hati.
Ada
juga Syukri terpaksa mendengar Halim bercerita buruk tentang Razif dan Razif sendiri pernah terdengar.
Suasana yang kaku itu dilupakan oleh Razif dengan rasa kecintaan yang lebih
dari sahabat iaitu persaudaraan sesama Islam. Razif tahu Halim cuma meluahkan
apa yang terbuku di hati dia, apa yang Halim ceritakan itu benar dan dirinya
yang salah. Apabila memikirkan kebaikan Halim, Razif bahkan Syukri memeluk erat
persahabatan yang telah mereka jalin.
Halim
seorang yang baik, kata-kataya menyenangkan orang lain, dia bersemangat untuk
membantu orang lain dan cukup diketahui sebagai mahasiswa yang menjaga etika
dan sahsiah diri. Maka tidak hairan apabila keputusannya paling tinggi diantara
Razif dan Syukri, serta mungkin bakal tertinggi di Kampus yang mereka
belajar.Dia bercita-cita tinggi untuk menjadi pemimpin atau seseorang yang
dikenali di negara satu hari nanti.
Ini
boleh terlihat dari sikapnya sering kehadapan dalam setiap acara di kampus,
kelas dan aktiviti lain. Dia berusaha untuk tampil ke hadapan sehingga dia
menggangap itu sebagai satu perlawanan yang dia harus menangi.Razif dan Syukri
sebagai sahabat satu bilik sewa, mereka berdua menyokong Halim dibelakang.
Tidak peduli walau ada yang memandang Halim sebagai seorang yang ‘Gila Kuasa’ atau ‘Kaki Mikrofon”.
Halim berkongsi hasratnya untuk bertanding
sebagai calon ‘Presiden’ untuk pemilihan kampus mereka nanti.Dia menganggap itu
adalah langkah awal sebelum dia mencapai mimpi dia yang sebenarnya untuk
menjadi pemimpin.
“Kau
dan Syukri jangan lupa sokong aku ya, aku nak bertanding sebagai calon presiden
nanti.”
“Hebat,
kau jangan risau kami akan promosikan nama kau dimana-mana, facebook, twitter
dan semua jenis media social yang ada. Haha.” Syukri menghidupkan suasana
Razif
juga memberi semangat, “Peluang kau cerah, siapa yang tak kenal kau, sebut
Halim pasti semua tahu, mahasiswa berbakat besar.”
“Haha..terima
kasih, tapi aku kena pandai juga main politik, sama macam politik betul-betul.
Kena ada retorik, fartamogana atau dalil agama sikit-sikit.” Jelas Halim.
Razif
dan Syukri sudah jelas dengan sikap Halim, mereka hanya mendiamkan diri dan
membenarkan kata-kata yang keluar dari mulut Halim. Razif dan Syukri tidak
berstuju dengan cara yang disebut Halim. Retorik, Janji fatamorgana dan
dalil-dalil untuk kepentingan peribadi bukanlah lambang seorang yang ingin
menjadi pemimpin yang baik.Cara seperti itu hanyalah pendustaan atas dalil
agama dan janji palsu yang akan menyia-nyiakan kepercayaan mereka yang memilih
kita.
Halim tidak memikirkan seperti
itu.Dikelabui oleh jawatan dan rasa benar sendiri membuatkan Halim sehingga
melupakan maksud memimpin.Dikepala Halim hanya ada kemestian untuk mendapatkan
jawatan dan melaksankan agenda-agenda Islam yang telah dia fikirkan.Kononnya,
agaenda-agenda Islam itu suatu yang mesti sebagai mahasiswa yang beragama
Islam.
Selama berlangsung hari berkempen, Halim
memberi ucapan dengan semangat, dijual segala dalil-dalil yang boleh menaikan
namanya. Teman-Teman berkopiah sepertinya, muslimah dan mahasiswa lain terpukau
oleh tawarannya. Cara dia mendatangkan hujah dan membuka kelemahan lawan
melebihi seperti apa yang dirancang. Peribadi lawan yang seharusnya tidak
disebut-disebut tetapi dijadikan modal bagi Halim tanpa rasa bersalah.
Ruang untuk menunjukan idea dan kejelasan
matlamat pimpinannya telah dikemudiankan.Yang penting bagi Halim adalah menarik
seramai mungkin untuk memilih dia. Razif yang melihat Halim terlalu berlebihan
dalam mengkritik teman yang turut bertanding untuk calon ‘Presiden’.
Kata-Kata Halim terlalu merendahkan
peribadi, menggunakan dalil untuk menghalalkannya.Membanggakan diri dengan
kebaikan sehingga dapat dirasakan maksud keikhlasan sepertinya pudar.
Razif dan Syukri duduk berdua dan berfikir
cara untuk menyampaikan pesanan dengan bahasa yang paling lembut. Mereka tahu
Halim tidaklah seburuk seperti yang berlaku. Mungkin perubahan ini kerana
impian dan mungkin prinsip yang didokong pula oleh teman-temannya yang sama
seperti Halim. Berasa tidak sendiri dan punya kumpulan membuatkan Halim berasa
dijalan kebenaran. Menghakimi peribadi yang lain tidak menjadikan itu satu
kesalahan kerana dia masih punya teman-teman disisinya.
Razif berkata kepada Halim, “Halim, kalau
boleh tidak perlu menggunakan dalil yang sewenangnya untuk menarik perhatian,
tunjukan lah kemampuan dan matlamat pimpinan kau, dan tak perlulah membuka aib
peribadi lawan yang tidak ada kaitan, itukan tidak baik.”
Halim bangun dan meninggalkan Razif dengan
wajah tidak suka dengan nasihat yang diberikan.Razif tahu Halim berasa Razif
tidak layak memberikan nasihat.Dia cuma mahasiswa biasa yang tidak mengerti
apa-apa dengan makna tarbiyah atau usrah.
Sebenarnya Razif tidak mahu mencampuri dan
berani-berani untuk menasihatkan Halim yang lebih ‘Alim’ dari dirinya.
Kata-Kata itu sekadar supaya Halim tidak termasuk dalam kebisaan mahasiswa lain
dan sebelumnya yang cenderung melabel serta membuat kelompok tertentu dalam
kalangan mahasiswa. Razif dan Syukri bimbang nanti persahabatan mereka juga
akan terganggu.
***
Hari
untuk mengundi calon ‘Presiden’ tiba, hari yang dinantikan oleh Halim sebagai
jalan untuk dia mencapai mimpiya dan jalan untuk menyebarkan dakwah kepada
mahasiswa melalui jawatan ‘Presiden’.
Pengumuman
jumlah undian diadakan selepas magrib,ternyata Halim berjaya mendapat jawatan
‘Presiden’. Halim gembira dan bergitulah teman-teman yang bersama
dengannya.Mereka berjaya mengekalkan keberadaan mereka dalam pimpinan Insitut
yang tidak layak diwakili oleh selain yang sefaham dan dianggap sebaik mereka.
Kegembiraan itu tidak menjadi kegembiraan
Razif dan Syukri. Mereka berdua tahu akan ada jarak antara mereka dan Halim.
Masa untuk bertiga seperti dulu juga akan mustahil. Halim pasti akan sibuk
dengan teman-teman pimpinanya. Menguruskan acara dan hadir diprogam-progam kampus.
Setelah hampir lewat seminggu Halim
menerima calon ‘Presiden’, Halim membuat keputusan untuk keluar dari tinggal bersama
Syukri dan Razif. Dia memberi alasan terlalu sibuk dengan amanah yang diberikan. Dia
memohon maaf kerana terpaksa keluar dan perlu duduk bersama teman pimpinan yang
lain.
Bagi Razif dan Syukri, mereka hanya mampu
memberikan sokongan yang terbaik. Sekiranya Halim berasa itu sebagai jalan
untuk dia mencapai mimpinya, maka mereka akan turut bergembira. Kalau bukan
sekarang pasti suatu hari nanti, mereka tetap akan berpisah juga. Walaupun
mereka tidak lagi tinggal sebilik, mereka masih boleh bertemu dengan Halim di kampus.
“Nampaknya tinggal aku yang nak dengar
cerita dari kau razif” Kata Syukri sambil baring menelentang menghadap siling
menanti tidur.
“Haha, Ya, tinggal kau lah yang nak dengar
cerita aku.”Razif yang sudah hampir terlelap ketawa mendengar keluhan Syukri.
Razif
melanjutkan lagi, “Malam ini aku nak cerita tentang ‘Tiga Sahabat dan Impian’,
kau nak dengar tak?”
“Haha,
tak naklah, aku nak tidur.”Syukri menolak dengan ketawa kerana tahu maksud
Razif.
Hari ini bersama penuh kemesraan
Esok mungkin seperti orang asing yang tidak
pernah berkenalan
Dulu pernah saling memuji dan
menyebut-nyebut kelebihan
Akan datang semuanya hilang dan dilupakan
Masa itu tidak sekadar merubah waktu, hari
atau bulan
Masa juga berkuasa mengubah perasan, keadaan
dan bahkan kehidupan
Hebat sekali peranan kamu wahai masa yang
diam tanpa sepatah perkataan!.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar