“ Amin, kamu tidak boleh berkata seperti itu.” Kata si
ayah.
“ Maaf ayah, saya terlalu sedih.” jawab Amin sambil menundukkan wajahnya.
“ Amin, Allah sudah melihat kita, yang tidak melihat
kita adalah manusia.”
“ Kenapa ayah kata begitu” Amin kembali menyoal.
“Semuanya sudah ditentukan Amin. Kita adalah ujian bagi
mereka, sama ada mereka membantu kita atau sebaliknya.” jawah si ayah lagi.
“ Bila kita akan dibantu ayah, kita selalu mencari makan ditempat pengumpulan
sampah.” rungut Amin.
“ Masa itu akan tiba” tegas Pakcik Salim.
Hidup seperti itu tidak asing lagi bagi
Amin dan ayahnya Pakcik Salim. Setiap hari mereka akan mencari sisa-sisa makanan
untuk di makan. Keadaan perang yang teruk menyekat makanan untuk sampai kepada rakyat
awam. Hanya kerana yang dipanggil Pemerintahan Islam mereka menderita. Itulah suara
hati kecil Amin yang baru berusia 11 tahun.
Mujurlah Pakcik Salim bijak menjawab
dan menyemangati diri anaknya. Kadang-Kadang tidak sekali air mata yang mengalir
disebabkan oleh pertanyaan anaknya Amin yang dalam usia perlu kepada penjelasan
yang logika serta meyakinkan.
Amin bertanya, “ Ayah, Islam itu membawa
rahmat, tapi kenapa masih begini?”
“ Kita begini kerana disebabkan dirahmati,
Amin”
“Bagaimana boleh kita dirahmati, kita
hidup miskin, ibu mati kerana sakit, kakak hilang tidak ditemui, bukankah ini sebaliknya
ayah?”
“Kerana kita miskin kita dirahmati.
Kerana apa yang kita lalui itu kita dirahmati. Setiap kesusahan yang kita terima
itu kerana dirahmati. Justeru, senang itu belum tentu juga tanda dirahmti.”
Kata si ayah cuba meyakinkan.
“Sebabnya?”Soal Amin dengan wajah
yang sedikit ragu.
“ Lihatlah mereka yang kaya, itu semua
belum menjamin apa-apa. Kerana yang dinamakan kaya, ahli politik sanggup menipu
dan kita mangsanya, ahli agama menjual hukum dan kita mangsanya, ahli pemikir menjual
pandangan dan kita mangsanya dan terakhir orang kaya terus kaya tetapi kita tetap
seperti biasa.”
“ Kita mangsa tetapi kenapa kita dirahmati?”
“Kerana kita tidak seperti mereka. Kita tidak menipu, kita tidak menjual
agama, kita tidak menjual pandangan dan kita miskin tetapi kita tetap membantu
orang lain” jawabannya keluar bersama
air mata.
“Kenapa ayah menangis? Amin minta maaf ayah, Amin tak kisah kita hidup macam
ni, ayah jangan nangis lagi.” Rayu Amin yang masih kurang mengerti maksud ayahnya.
Derita sebahgian manusia yang disebabkan oleh sekumpulan manusia yang
saling melindungi. Ayahnya berharap Amin akan mengerti jawabannya tadi. Mungkin
Amin terlalu kecil untuk memahami keadaan yang berlaku tetapi cukuplah ada didikan
tersirat yang berjaya diberikan. Semoga anaknya membesar untuk membantu orang
lain dan memahami agama ini dengan sifat rahmat yang sebenarnya.
“Amin cuba lihat di sana, ada tak lagi orang yang perlukan makanan”
“ Baik ayah”
Tidak jauh dari ayahnya Amin memanggil, “ Ayah ada budak yang tidur sendirian
di sebalik kotak ni. Dia kelihatan sakit“
Ayah Amin terus menuju ke situ. Sebagai seorang Ayah dan juga seorang sukarelawan
hati Pakcik Salim tersentuh melihat anak perempuan yang berusia dalam 7 tahun
tidur disebalik kotak. Dia mengejutkan anak tadi dari tidur dan menyerahkan beberapa
sisa roti kepada anak perempuan itu. Manakala Amin cuma memerhatikan seperti biasa.
Pakcik Salim bertanya, “Nama kamu siapa, kenapa kamu bersendirian di
sini, mana ahli keluarga yang lain?”
“ Saya Nurul. Saya tinggal bersama abang saya Nasir. Kami cuma berdua di
sini. Ayah dan Ibu kami telah mati,
abang pergi keluar mencari makanan.”
“Berapa umur abang, kamu tahu dimana
abang kamu mencari makanan”
“Umur abang
12 tahun. Tahu, biasanya saya ikut sekali.”
“ Ayuhlah kita
cari abang kamu”Ajak Pakcik Salim.
Pakcik Salim mendukung anak perempuan
bertubuh kecil itu. Mereka mencari abangnya Nasir untuk dibawa ke penempatan
yang lebih ramai orang. Di sana nanti mereka akan lebih terjaga daripada tinggal
berdua disebalik kotak.
Pakcik Salim dan anaknya Amin sudah biasa
bertemu dengan anak-anak yang kematian ibubapa ketika memberi makanan yang
mereka ada kepada warga lain. Pakcik Salim sering mengingatkan Amin supaya bersyukur
kerana masih punya Ayah. Amin sentiasa semangat untuk membantu teman-teman sebaya
yang kematian ibubapa tadi. Dia kadang sanggup memberikan makanan yang dia ada untuk
mereka. Itulah sifat yang turun dari Pak cik Salim kepada dirin anaknya Amin.
“Abang, abang” Teriak Nurul.
Pakcik Salim
nampak seorang anak lelaki yang sedang sibuk mengais-ngais sisa makanan dan terus
mendekatinya.
“Nasir, saya Salim, ini Amin anak saya,
kami ketemu dengan adik kamu ketika mengedarkan makanan yang ada” Kata Pakcik Salim
dengan nada yang rendah.
“ Terima kasih, maaf kerana menyusahkan.”
“Ini tidak menyusahkan, kitakan bersaudara”
sampuk Amin dengan wajah tersenyum.
Ayahnya turut tersenyum.
“Nasir,mari ikut kami ke penempatan
yang lebih ramai orang. Di situ boleh kita saling menjaga antara satu sama
lain.”
“Apakah ini tidak menyusahkan.” Soal Nasir keberatan. Mungkin kerana sudah biasa
berdikari menjadikan dia lebih matang dari usianya.
“Tidak, bahkan nanti di sana mungkin
kamu boleh bantu mereka yang sudah tuaumurnya pula. Kamu masih kuat” Gurau Pakcik
Salim.
“ Baiklah, saya ikut. Adik saya kurang
sihat boleh bantu dia mendapatkan rawatan yang baik? Dia satu-satu keluarga saya.
Ibubapa saya suruh saya menjaganya dengan baik.”
“ InshaAllah” Ujar Pakcik Salim.
Mereka menuju kepada penempatan mangsa-mangsa yang hidup bergelandangan. Penempatan yang dibina supaya sekiranya ada apa-apa terjadi mereka akan
mudah meminta bantuan dan akan lebih mudah untuk menerima bantuan dari mana-mana
pertubuhan kemanusiaan.
Setibanya di sana, wajah Nasir dan Nurul
agak sedikit teruja. Mungkin kerana terlalu lama tinggal disebalik kotak. Sesekali
terlihat wajah Nurul tersenyum manis kerana melihat teman-teman sebayanya bermain.
Sedang asyik melihat-lihat penempatan
Nasir bertanya, “Bila kita boleh kembali tinggal dirumah seperti biasa?”
Mendengar soalan Nasir, Amin terus menjawab
dengan pantas dan tegas, “Masa itu akan tiba!”
Pakcik Salim dan Amin saling berpandangan
antara satu sama lain sambil tersenyum. Nasir pula masih tertanya-tanya atas jawaban
Amin.
Pakcik Salim mengangguk perlahan, “ Ya, masa itu akan tiba!”
Tidak ada komentar:
Posting Komentar