Mari kita
melihat melalui sudut pandang yang berbeza dari biasa. Cuba keluar dari
kebiasaan yang dapat mengubah kehidupan lebih baik. Kesilapan yang dilakukan
bukan bermakna kehidupan telah terhenti. Dosa yang menghimpit bukan pemutus
diri dari syurga dan rahmat Allah SWT yang luas.
Lihat hati
dan buat penafsiran yang jujur mengenainya. Tujuannya adalah supaya kita
mengetahui keadaan hati yang sebenar. Apakah hati yang dimiliki masih sedar
akan makna kehidupan yang sebenar.
PERCAYALAH.
Mereka yang telah mencapai satu tahap dalam hidup adalah setelah berjaya
melepaskan diri dari hati yang biasa-biasa. Mereka ini sentiasa membina hati yang
baru dan lebih luar biasa untuk menghadapi pelbagai kemungkinan dalam
kehidupan.
Tidak salah
mencuba. Biarkan hati berubah dari hati yang mengutamakan pandangan manusia
semata-mata kepada pandangan ilahi.
UBAH DARI
MANUSIA KEPADA PENCIPTA-NYA
Sedar atau
tidak sedar, tindakan ini telah mengubah kelakuan kita dan menyekat diri dari
mencapai apa-apa matlamat dalam hidup. Kita asyik dengan pandangan manusia
sedangkan manusia cuma mengutamakan dirinya sendiri. Biarlah gagal kerana telah
melakukan apa yang dirancang dari meninggalkan sesuatu yang dirancang sebelum
gagal.
Takut untuk
mengubah ini dan itu, meninggalkan ini dan itu tetapi kekal melakukan apa yang
diri tidak perlukan. Hidup seperti tidak hidup kerana hidupnya diri mengikut
kaca mata yang lain bukan diri sendiri.
Maka untuk
ini, segeralah kepada pandangan pencipta manusia yakni Allah swt. Pandangan yang
mana tidak pernah sepi dari diri kita semua.
Pandangan yang berbeza dan tidak
terjangkau oleh akal fikiran untuk menggambarkan bagamaina kehendaknya.
Bagaimanapun, pandangan ini penuh dengan kasih-sayang, memahami, melindungi dan
sentiasa membantu mereka yang mengutamakan pandangan-NYA.
MENGAPA
PANDANGAN ALLAH SWT?
Kalau diri
meletakan hidup dalam pandangan manusia, banyak perkara mendatang yang kita
tidak boleh jangkakan. Kerana sifat manusia ini mudah berubah-ubah. Hari ini
mungkin manusia menjadi teman tetapi esok hanya kerana perselisihan yang kecil,
manusia yang tadi menjadi teman boleh berubah menjadi musuh.
Namun Allah
SWT jauh sekali dari sifat-sifat yang seperti ini. Apabila kita ingin bangkit
dan maju, Allah SWT sentiasa ada untuk perkenankan setiap hajat, sepertimana
firmannya, “ Berdoalah, nescaya, AKU perkenankan”.
Manakala jika kita
gagal dan tertekan, Allah SWT berpesan dengan berkata, “ Boleh jadi kamu
benci sesuatu tetapi itu baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka sesuatu tetapi
itu buruk bagi kamu, Allah SWT Maha Mengetahui tetapi kamu tidak ketahui”.
Demikian
juga apabila kita ingin membina kehidupan untuk berjaya dunia dan akhirat,
Allah SWT mengingatkan dengan satu doa, “ Ada diantara yang berdoa, Wahai
tuhan kami, berikan kami kebaikan dunia dan akhirat, bagi mereka kebaikan dunia
dan akhirat”
Tetapi
andaikata diri leka dan sibuk dengan dunia sehingga lupakan akhirat, Allah SWT
tetap ada dengan berfirman. “Jangan sekali-sekali berputus asa dari rahmat
Allah SWT”.
Begitulah
sifat Allah SWT terhadap kita. Sentiasa ada dan tidak pernah meninggalkan walau
bagaimana lupa diri kita dari pandangan-NYA. Kita sibuk dengan pandangan
manusia sehingga mengabaikan padangan Allah SWT. Walhal, yang telah banyak
mengecewakan kita hari ini adalah kerana pandangan manusia.
Kita leka
terhadap tanggujawab yang diamanahkan sebagai seorang islam. Allah SWT tidak
menilai dari sudut keduniaan sahaja, bahkan apa yang lebih penting di pandangan
Allah SWT adalah ketaatan.
Mungkin ada
yang rasa telah mensia-siakan kehidupan. Lalu membuat keputusan untuk kekal
dalam keadaan yang sama. Dirinya merasakan seolah-olah tiada makna lagi
perubahan dan tiada makna lagi kebaikan yang diri lakukan.
Dalam kamus
hidup seorang muslim tidak ada perkataan putus asa kerana Allah SWT sentiasa
ada bersama mereka. Selagi mana diri kekal mentauhidkan Allah SWT, datanglah
dengan dosa yang sangat banyak, pengampunan tetap sentiasa terbuka.
Hidup
mempunyai jatuh-bangun. Perkara ini adalah kepastian yang akan berlaku, namun
penentuan untuk menjadikan keadaan apabila jatuh itu sebagai perkara positif
adalah ditangan kita.
Biarlah
beribu kesilapan tetapi tutuplah dengan sejuta kebaikan. Biarlah beribu
kegagalan menimpa tetapi kekal berusaha dengan keyakinan pada Allah SWT.
Manusia sifatnya lemah, Allah SWT telah memahami kenyataan ini lebih dari diri
manusia.
Maka tidak
hairanlah, jiwa yang telah membunuh 100 orang tetapi diampunkan oleh Allah SWT.
Rasanya hari ini, dosa yang kita lakukan tidak mungkin sebesar dan sebegitu
jahat. Untuk itu, tidak mustahil masih ada pandangan Allah SWT buat kita.
BETUL,
manusia tetap dengan kenyataan yang sama. Yang salah tidak mampu dibetulkan
walau dengan apa cara sekalipun. Kita perlu teima hakikat ini untuk diabaikan
bukan untuk dijadikan pegangan. Biarkan manusia dengan pandanganya, kita dengan
pandangan oleh Allah SWT.
Kenapa
tidak?
Kalau hati
benar-benar jujur serta ikhlas, mengapa Allah SWT ingin mengenepikan kita dari
pandangan-Nya. Kalau diri ingin membuat perubahan, mengapa Allah SWT tidak
bersedia untuk membantu?.
APA YANG
DIPANDANG ALLAH SWT
Mari
betulkan tanggapan yang merasa bahawa pandangan Allah SWT hanya buat
manusia-manusia tertentu. Ciri-ciri yang mesti ada mestilah tidak melakukan
dosa, kesilapan atau sebagainya.
Pemikiran
begini perlu diubah dan ditukar terlebih dahulu. Tidak semestinya mereka yang
berada dalam pandangan Allah SWT seorang yang tidak melakukan kesilapan dosa
sahaja. Sebaliknya, manusia yang benar-benar ingin menjadi lebih baik juga
boleh menarik pandangan Allah SWT. Dalam realiti, sebagai manusia biasa sudah
pasti tidak dapat tidak akan melakukan kesilapan.
Bezanya,
adakah hati ingin berhenti atau terus kekal dalam kesilapan!
Bezanya,
adakah diri merasa seronok dengan maksiat atau merasa menyesal atas setiap
perbuatan!
“Allah SWT akan membalas kejujuran seseorang
hamba-Nya setimpal dengan kejujuran yang diberi oleh hamba tersebut”.
Bermaksud,
jika seseorang itu jujur untuk mengubah kehidupan, benci pada dosa yang
dilakukan dan ingin menjadi lebih baik, maka Allah SWT akan membantunya.
Seberapa
banyak atau besar sekalipun kesalahan, masih ada peluang untuk menarik
pandangan Allah SWT.
Siapa yang
memilih untuk melakukan perubahan, kuatkan hati seperti air yang mengalir.
Tidak ada yang mampu menghalangnya untuk terus mengalir menuju ke hilir. Pasang
niat dan buktikan dengan perbuatan, kemudian tetap kekal sehingga Allah SWT
membuat keputusan mengenai diri.
Jika diri
dibenci kerana perubahan sehingga tiada tempat untuk mengadu, yakinlah masih
ada yang memandang dengan sifat penyayang.
Jika
kebaikan dilihat sebagai satu kepuraan-puraan, yakinlah masih ada yang
memandang kejujuran didalam hati ini.
Jika
kesusahan yang ditanggung tidak dipeduli, yakinlah masih ada yang memandang
dengan penuh rahmat simpati.
DIA yang
memandang ketika mana diperlukan atau tidak diperlukan, dingati atau dilupakan
dan ketika senang atau susah.
DIA itu
Allah SWT tuhan yang menciptakan setiap kejadian.
Biarlah
terasing dipandangan yang diciptakan tetapi jangan pada yang menciptakan.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar