Sabtu, 12 Maret 2016

Katakan dengan Cinta.







      Ternyata sangat berat untuk memberi pandangan. Bercakap dari sudut yang berbeza. Menentang suasana semasa yang sedang hangat. Biar kita dapat mengeluarkan semua dengan penuh hujah dan fakta, bibir tetap kelu untuk menyatakannya. Kita akan mula berfikir tentang menjaga hati sana sini, pandangan yang lain dan keberhasilannya. Manakala, kalau dibiar diam, kita akan tetap melihat sesuatu yang kita rasa perlu ada tidak akan pernah menjadi realiti dan perkara yang rasa perlu diubah tidak akan berubah dan perkara yang mesti dihapuskan tidak akan pernah lupus.

     Begitulah beratnya menulis dalam pertimbangan cinta dan kenyataan. Kita memilih memendam dan membiarkan mata terus menelan semuanya. 

Menjaga Hati


     Kalau kita pelajar,  kita terfikir mengenai guru kita yang kita berbeza dengannya, kalau kita mempunyai teman baik, kita terfikir yang kita berbeza dengannya, sama juga dengan keluarga dan dunia. 

Apakah perlu kita menjaga hati atau kita harus berani meluahkan segalanya?

      Jawabnya, luahkan saja apa yang difikirkan selama mana kita telah melalui pertimbangan yang jelas dan bertujuan cinta semata-mata. Kemudian lakukan dengan cara yang paling mulia dengan penuh jiwa kecintaan.

         Sekiranya pandangan ditolak kerana perbezaan kita tetap akan diangkat sebagai jiwa yang baik kerana keperibadian kita.  

       Sekiranya salah,  cara kita telah menutupi kesalahan yang berlaku sebagai satu tanda kita telah melakukan yang terbaik.

     Sekiranya kita dalam kebenaran kita layak dihormati kerana berjaya merendahkan sifat kesombongan yang seringkali muncul apabila kita berasa benar. Ini suatu sifat yang sangat mulia.

         Adalah kerugian sekiranya kita berada dalam kebenaran tetapi kita lakukan dengan cara yang penuh kebencian dan kesombongan, maka kita akan terhina dan kebenaran tidak akan pernah berpihak kepada kita. Kerana cara adalah yang lebih penting sekali dari mencapai tujuan.

        Makanya Allah SWT mengajarkan kepada Nabi Musa As berlembutlah kepada Firaun fiarpun dia Firaun seorang yang jelas kejahatannya. 

       Allah SWT Ingin Mengajar cara lebih penting dari tujuan itu sendiri, walhal pastilah Nabi Musa sedang memegang pandangan yang suci kerana Baginda seorang Rasul.

Cara yang bermakna, 


   Cara yang bermakna, walaupun tujuan tidak berjaya tetapi kita akan memberi erti pada susasana, 

Kita mungkin gagal mengubah, menghapus atau mengadakan sesutu yang kita fikirkan, tetapi kita dapat menyebarkan benih-benih kejujuran dan kecintaan. 

   Lama-Lama benih itu akan membesar dengan sendirinya, lalu mahu tidak mahu masa akan memaksana suasana untuk menerimanya. 

     Pembenci akan meninggalkan kebencian, laluan yang kita perlukan akan menjadi mudah asalkan kita tabah dulu untuk beberapa ketika. 

       Maka, berikanlah saja pandangan dengan berani dan maknakan lah caranya dengan cinta. Dunia atau seluruh manusia tidak akan dapat menyangkal lagi kerana ini bukan fomula dari manusia tetapi dari Tuhan azza wajalla sendiri. 


Tidak ada komentar:

Posting Komentar