Pagi waktu dimana cahaya mentari memancar
redup, embun masih belum kering, suhu dingin menyentuh kulit adalah waktu
manusia bersiap-siap untuk memulakan harinya. Ada yang bersiap untuk menjemput
rezeki, berkerja dan ke kelas.
Aku
salah seorang dari yang sedang bersiap-siap untuk ke kelas yang akan bermula
pagi ini. Bergegas keluar dari rumah, aku tiba-tiba terpaku, fikiran yang ingin
mahu cepat ke kelas hilang melihatkan seorang gadis kecil bersama guni yang
hampir sebesar badannya.
Tudung
bewarna coklat, bajunya juga berwarna coklat yang sudah lusuh, seluar sukan
yang singkat hingga ke betis, wajah suci yang terlindung disebalik kecomotan.
Sempat
aku mengeluh,
“Kenapalah pagi-pagi sudah dilihatkan kisah seperti
ini.”
Mungkin
diantara kita sudah biasa susah tetapi menurut aku ini adalah kisah yang
berbeza. Hati dan diri seolah-olah mampu merasakan beban yang dialami oleh
dirinya. Dunia seperti apa yang sedang kita bina sebenarnya dibawah lambang
kemajuan dan pembangunan yang pesat ini.
***
“Tunggu sekejap adik” jerit aku.
Dia menghentikan langkahnya dengan wajah yang agak kehairanan. Mungkin
kali pertama dia disapa atau ada kerisauan lain yang bermain difikirannya yang
masih berumur sekitar 10 tahun. Wajahnya benar-benar wajah yang tidak bersalah,
penat dapat dilihat seketika dia meletakan guninya kebawah, bibirnya masih bisu
tanpa menjawab apa-apa tapi dia masih menunggu disitu.
Aku
menghampiri dirinya. Menahan sebak melihatkan gadis yang masih kecil yang sepatutnya
ke sekolah tetapi berpagi-pagi mencari botol-botol dan tin di tempat sampah
sekitar kawasan perumahan.
“Adik
tunggu sebentar ya, abang pergi kedai sekejap. Tunggu ya!”
Dia cuma menganggukan kepalanya sebagai
tanda terima arahan yang disampaikan. Aku pergi ke kedai membeli beberapa
potong kuih dan air untuk diberikan kepada adik tadi.
Aku memberikan kuih dan air minum tadi kepadanya, Aku
melihat dia makan dan minum sehingga selesai. Banyak yang ingin aku tanyakan tetapi melihatkan keadaan dirinya sedang menikmati potongan kuih tadi mengunci mulit aku
dari mengganggu seleranya.
“Biarlah dia makan kuih dulu” kata aku
dalam hati.
Selesai
dia menikmati, aku mengajukan pertanyaan,
“Adik tidak sekolah?”
“Tak sekolah lagi abang.”
“Adik, ada ayah dan mak?”
“Ada, mak sakit, ayah sedang mengutip dekat
sana.” Sambil menunjukkan jarinya kearah perumahan yang lain.
“Oh, nama adik siapa, umur berapa?”
“Siti, 11 tahun.”
Memandangkan waktu suntuk harus ke kelas, aku terpaksa menghentikan perbualan
dan membirkan adik tadi untuk meneruskan usahanya mencari tin dan botol. Agak
sebak dan berat juga untuk melangkah kaki meninggal gadis kecil tanpa
memberikan bantuan yang selayaknya. Hanya mampu menghulurkan beberapa ringgit
pastinya tidak akan mampu mengubahnya nasibnya dan membuatkan dirinya boleh
bersekolah.
“Entahlah, kenapa harus aku pula yang
memikirkannya, mana lah pemimpin sekarang ini.”
***
Dalam perjalanan ke kelas, fikiran masih
membayangkan wajah gadis kecil tadi. Bagaimanalah nasib dia esok hari. Sampai
bila dia harus merasai beban hidup mengutip botol dan tin. Seharusnya dia
bersekolah supaya dengan pendidikan dia akan dapat mengubah nasib hidupnya.
Pendidikan dan ilmu adalah pintu mengubah kehidupan yang sering disebut-sebut
dan menag terbukti benar.
Aku masuk ke ruangan kelas, duduk seperti
biasa di sebelah teman aku bernama Azuan. Aku tidak dapat menumpukan perhatian
didalam kelas. Kadang, matanya aku berasa seperti menakung air yang sedang ingin
mencurah keluar tetapi tertahan. Kelas 2 jam berlalu begitu saja. Aku hanya
memikirkan mengenai nasib gadis kecil tadi.
Azuan tiba-tiba menyapa aku,”Kenapa kau
lewat hari ini Aizat?”
“Entahlah, aku fikirkan tentang gadis kecil
yang aku jumpa tadi” aku cuba bercerita kepadanya.
“Kenapa dengan gadis kecil sampai aku
tengok kau lain sekali hari ini, mata pun merah macam nak menangis?” sambil
memegang bahu aku dia menyuruh aku bercerita.
Aku pun menceritakan kepada dia tentang
gadis kecil yang memungut tin dan botol. Aku meluahkan rasa sedih, terkilan
kerana tidak mampu membantu dan membayangkan nasib dia yang akan datang.
Bagaimana gadis yang akan tumbuh menjadi dewasa harus melalui kehidupan seperti
itu.
Azuan turut bersedih, walaupun dia tidak
berjumpa dengan gadis kecil atau adik yang aku maksudkan, aku boleh lihat
wajahnya bertukar sebak. Berbanding aku, Azuan orang yang lebih sensitivf dan
peka dengan keadaan sekeliling.
Azuan berkata, “Ini bukan saja tentang kau
dan aku, Aizat. Kita dizaman yang mana pemerintah sedang tidur, agamawan sedang
kekenyangan, pemikir sedang bermain-main dan orang kaya sibuk untuk terus kaya
semata-mata. Mahasiswa seperti kita hanya boleh berdoa dan berusaha supaya
dapat mengubah keadaan yang ada”
Aku dapat menangkap maksud yang disampaikan
oleh Azuan. Yang bermasalah bukan ekonomi, akan tetapi mereka yang penting
dalam struktur masyarakat tidak memainkan peranannya dengan amanah.
Masing-masing ada kepentingan peribadi dan sanggup menjual apa saja termasuk
agama demi diri sendiri. Tidak ditambah lagi dengan pengikut yang fanatik sehingga
tidak boleh mengkritik pemimpin pilihannya, agamawan yang disanjung, tokoh
pemikir yang hebat dan orang kaya yang penuh kemewahan.
“Semoga Allah SWT membantu kamu, wahai
gadis kecil.”
Aku menutupi pelbagai pertanyaan dan
kritikan didalam kepala aku dengan doa kepada gadis kecil tadi. Ya, hanya Dia
yang mampu membantu dan memelihara setiap manusia sebaiknya dan Dialah yang
mengetahui apa itu rahmat dan bagaimana bersikap dengannya.
***
Hari ini, di waktu pagi aku menunggu kalau
gadis kecil datang mengutip di kawasan ini. Lama menunggu tidak kelihatan gadis kecil tersebut.
Aku melihat cuma ada seorang pakcik yang
sedang membuka plastik sampah dan mengasingkan tin serta botol ke dalam guni.
Aku yakin itu mungkin bapa kepada Siti tadi, aku mendekati dan bertanya.
“Assalammualaikum, maaf mengganggu, pakcik kenal Siti?”
Pak
cik tadi langusng melihat kearah aku dengan senyuman seolah-olah dia sudah
mengenali aku sebelum ini.
“Waalaikumsalam,
ya, saya ayahnya, terima kasih kerana memberi wang kepada Siti kelmarin.”
Terlihat senyuman di wajah yang tenang begitu manis sekali.
“Eh, tak pa tu, Siti nya mana ya pak cik, tak nampak
pula dia kali ini?”
“Alhamdulillah, sekarang dia sudah bersekolah. Ada
orang yang sudi mahu menguruskan perbelanjaan sekolahnya.”
Allah
SWT saja yang tahu betapa gembiranya hati aku mendengar yang dia sudah
bersekolah. Mudah-Mudahan itu akan menjadi jalan untuk dia mengubah nasib
hidupnya apabila dewasa nanti. Semoga juga Allah SWT memurahkan rezeki orang
yang membantu dirinya.
Dalam
kegembiraan aku mengajukan persoalan lagi kali terakhir “Pakcik kenapa pak cik
masih mengutip sampah, pakcik ada mohon bantuan di mana-mana?”
“Pakcik perlu menguruskan isteri yang sakit dan
anak-anak pakcik yang lain, kerja seperti ini tidak perlukan masa, kita sendiri
yang menentukan. Tentang masalah bantuan, dulu pernah beberapa tahun lepas
pakcik mohon tetapi tidak ada jawapan. Kalau mahu pergi lagi payah kerana tidak
ada yang mahu tengok isteri dan anak-anak. Tempatnya pun jauh.”
Jawapannya benar-benar menyentuh hati aku. Mengenai
masalah bantuan, aku teringat kata-kata Azuan. Betul sekali apa yang dikatakan
Azuan di kampus.
“Semoga
Allah SWT permudahkan urusan pakcik, Ini ada hadiah buat Siti Fatimah,
sampaikan salam aku dan katakan pada dia, semangat dan belajar
bersungguh-sungguh., ada rezki aku datang melihat dia.” Aku menyampaikan pesan
sambil tersenyum
Ayah
gadis kecil berlalu selepas mengucapkan terima kasih kerana prihatin kepada
anaknya. Aku berharap suatu hari nanti aku mampu jadi sesuatu untuk mereka yang
seperti ini.
Bahagia orang atas ada derita anak kecil
Sebalik dipuja agamawan ada yang kelaparan
Kepandaian pemikir menutur kata ada yang
terhalang pendidikan
Orang kaya terus mengumpul kekayaan untuk
dibawa ke tempat mati.
Kalau adanya orang atas, agamawan, pemikir
dan orang kaya tetapi kemiskinan juga subur
beerti ada yang mati, kalau tidak golongan
tadi, amanah!
Tidak ada komentar:
Posting Komentar