Lihatlah aku tersenyum
12112015
an-nashr
12112015
an-nashr
Lihatlah aku tersenyum
Dalam kepanasan dan kelaparan
Menggigil kesejukan dimalam kedinginan
Tidak kenal erti kekenyangan
cukup sekadar boleh meneruskan kehidupan
Dalam kepanasan dan kelaparan
Menggigil kesejukan dimalam kedinginan
Tidak kenal erti kekenyangan
cukup sekadar boleh meneruskan kehidupan
Lihatlah aku tersenyum
meneruskan hidup dalam kesusahan
Usia yang masih belum kenal erti keduniaan
Akan tetapi sudah dikenal erti pengorbanan
Agar tidak hilang ditelan arus pembangunan
meneruskan hidup dalam kesusahan
Usia yang masih belum kenal erti keduniaan
Akan tetapi sudah dikenal erti pengorbanan
Agar tidak hilang ditelan arus pembangunan
Lihatlah aku tersenyum
Walau semalam aku melihat kematian
Bahkan aku menangisi kerana kehilangan
Hari ini aku cuma ingin melupakan
Biarlah maut yang menghentikan
Walau semalam aku melihat kematian
Bahkan aku menangisi kerana kehilangan
Hari ini aku cuma ingin melupakan
Biarlah maut yang menghentikan
Lihatlah aku tersenyum
Duduk di pinggir jalan
Meminta simpati dari kelebihan yang lebih ditangan
Jauh dari kekayaan cukup sekadar ihsan
Untuk aku turut berasa sebagai seorang insan
Duduk di pinggir jalan
Meminta simpati dari kelebihan yang lebih ditangan
Jauh dari kekayaan cukup sekadar ihsan
Untuk aku turut berasa sebagai seorang insan
Tidak ada komentar:
Posting Komentar