Senin, 30 Januari 2017

Melihat dengan Cinta


Melihat dengan Cinta

Munculnya pelangi,
Bulan dan mentari,
Siang dan malam,
Gelap terang,
Apabila melihat dengan cinta
Bukan sekadar kejadian alam,
Ada cerita yang lebih bermakna
Ada ilmu yang tidak akan tertulis walau lautan dijadikan dakwatnya
Kadang bersalahan dengan salah benar
Sehingga melihat keramaian menjadi Satu
Dari satu menjadi keramaian
Melihat kekasih menjadi diri sendiri

Melihat dengan Cinta

31012017

Jumat, 27 Januari 2017

Tokoh yang Baik dan Pengikut yang Baik



Tokoh yang Baik dan Pengikut yang Baik
            Perbezaan itu indah. Kepelbagaian warna menimbulkan keindahan yang tersendiri. Pelangi tidak menarik perhatian kalau munculnya dengan satu warna. Taman Bunga tidak lagi harmoni kalau hanya berwarna merah mawar. Dunia mungkin malap kalau hanya hitam putih seperti dilayar kaca sebelum datangnya kemajuan warna.
            Allah SWT telah memutuskan kepelbagaian ini untuk kita berfikir. Belajar untuk membawanya dalam kehidupan kita yang lain. Inilah yang dimaksudkan sifat mereka yang mereka yang berfikir dalam ayat :

ٱلَّذِينَ يَذۡكُرُونَ ٱللَّهَ قِيَـٰمً۬ا وَقُعُودً۬ا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمۡ وَيَتَفَڪَّرُونَ فِى خَلۡقِ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ رَبَّنَا مَا خَلَقۡتَ هَـٰذَا بَـٰطِلاً۬ سُبۡحَـٰنَكَ فَقِنَا عَذَابَ ٱلنَّارِ ١٩١
191. (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan Kami, Tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha suci Engkau, Maka peliharalah Kami dari siksa neraka. ( Al – Imran : 191)

Mereka melihat segala yang diciptakan Allah disekliling mereka lalu mereka dapat mengaitkan dalam bentuk yang bermakna dalam kehidupan mereka.
            Perbezaan tidak terjadi dalam bentuk warna bunga, pelangi, bumi atau lain-lain. Perbezaan telah timbul dalam penciptaan manusia, pemikiran, kebudayaan, tingkah-laku dan begitu banyak lagi.  Apakah kita mahu pasif juga dalam perbezaan ini sepertimana kita pasif terhadap perbezaan sekeliling kita atau bersikap terbuka.
Perbezaan dalam masalah agama ini.
            Sejak ratusan tahun permusuhan ini terjadi dan kita membawanya sampai zaman ini tanpa ada sikap yang berkinginan menghentikannya. Kita mudah bercakap untuk mengormati agama lain tetapi tegas mengkafirkan sesame sendiri, melabel sesame sendiri dan sepertinya.
            Kekeliruan ini bukan kerana kurang ilmu. Mereka yang bersuara seperti ini adalah orang alim, ulama, mereka berpenampilan agama dan berjenama agama. Seseorang yang seharusnya menyelasaikan permasalahan ini bahkan membuka ruang kebencian dan permusuhan.
            Kita memerlukan tokoh yang baik. Tokoh yang bebas dari kepentingan peribadi. Kepentingan peribadi menurut saya adalah merasakan diri paling benar, paling luas ilmunya dan lebih teruk ingin dipuja.
            Kepentingan peribadi yang ada pada tokoh inilah yang menyebabkan kerosakan kepada agama dan umat islam yang mengikut mereka. Tokoh yang terbaik adalah Nabi Muhammad SAW. Tokoh yang baik perlu ada dalam diri mereka sifat seperti Nabi yang dengan rendah hati mengikut wahyu Allah SWT supaya menyampaikan,

قُلۡ إِنَّمَآ أَنَا۟ بَشَرٌ۬ مِّثۡلُكُمۡ يُوحَىٰٓ إِلَىَّ أَنَّمَآ إِلَـٰهُكُمۡ إِلَـٰهٌ۬ وَٲحِدٌ۬‌ۖ فَمَن كَانَ يَرۡجُواْ لِقَآءَ رَبِّهِۦ فَلۡيَعۡمَلۡ عَمَلاً۬ صَـٰلِحً۬ا وَلَا يُشۡرِكۡ بِعِبَادَةِ رَبِّهِۦۤ أَحَدَۢا (١١٠)
110. Katakanlah: Sesungguhnya aku ini manusia biasa seperti kamu, yang diwahyukan kepadaku: "Bahwa Sesungguhnya Tuhan kamu itu adalah Tuhan yang Esa". Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya, Maka hendaklah ia mengerjakan amal yang saleh dan janganlah ia mempersekutukan seorangpun dalam beribadat kepada Tuhannya". (Al-Kahfi : 110)

            Allah SWT tahu keikhlasan Nabi SAW dalam berdakwah, banyak pujian dari Allah SWT terhadap Nabi SAW menyatakan ketinggian akhlaknya dan kasih-sayangnya. Akan tetapi Allah SWT ingin Nabi SAW menyampaikan ini sebagai peringatan lagi agar tidak ada kepentingan peribadi sepertimana yang disebut ini. Dan lebih penting supaya tidak berlaku sifat pemujaan yang berlebihan kerana maksud yang sebenar dalam perutusan Nabi SAW adalah mentauhidkan Allah SWT.
            Begitu juga  misalan kepada tokoh agama supaya punya kesedaran seperti ini. Kesedaran untuk mengucapkan dengan jelas dihadapan umum bahawa dirinya manusia biasa yang ingin menyampaikan sesuatu dengan penuh keikhlasan dan rendah hati.
            Sangat menyedihkan, hal ini agak payah untuk ditemukan terhadap tokoh tertentu, bahkan kalau kita pengikut yang baik, maka kita akan tahu, bahawa tokoh tertentu ada pada dirinya kepentingan peribadi yang disebutkan.
            Kalau ada pada dirinya sifat seperti Nabi SAW, maka pastilah seseorang tokoh itu menahan dirinya untuk saling bermusuhan dengan orang lain apalagi sesama umat islam. Kerana tidak ada pada kepentingan peribadi buat dirinya melainkan tujuan yang suci kerana agama dan Allah SWT.

Pengikut yang Baik
            Kita juga memerlukan pengikut yang baik. Pengikut yang boleh menjaga perbezaan yang dibawa oleh tokoh yang mereka sanjungi. Menghormati orang lain dengan penuh akhlak. Kadang tanpa sedar seseorang tokoh boleh dirosakan oleh pengikutnya, ibarat raja yang berbogel kerana dipuji kelihatan cantik oleh menterinya.
            Dan ini tidak mustahil, tokoh yang berilmu atau wara boleh menjadi bodoh dan jahat hanya kerana pengikut. Pengikut yang membentuk tokoh sedangkan tokohlah yang harus membentuk pengikut kerana kredibilitinya yang ada pada dirinya.
            Pengikut yang baik itu adalah menjaga dari fitnah. Menutup ruang-ruang yang boleh merosakan seseorang tokoh itu sama ada dalam permusuhan atau perdebatan yang tidak jelas. Zaman ini lagi, mudah untuk membuat keributan dengan hanya memasukan video ucapan tokoh tertentu dengan tujuan untuk memancing perbezaan dengan cara tidak sihat.
            Semoga kita bukanlah pengikut uzair yang mrosakan kemuliaan Uzair yang jelas sebagai seorang Nabi Allah SWT. Jangan kita mendabik dada atas nama tokoh tertentu berserta dengan fahaman yang kita yakini.
وَٱعۡتَصِمُواْ بِحَبۡلِ ٱللَّهِ جَمِيعً۬ا وَلَا تَفَرَّقُواْ‌ۚ وَٱذۡكُرُواْ نِعۡمَتَ ٱللَّهِ عَلَيۡكُمۡ إِذۡ كُنتُمۡ أَعۡدَآءً۬ فَأَلَّفَ بَيۡنَ قُلُوبِكُمۡ فَأَصۡبَحۡتُم بِنِعۡمَتِهِۦۤ إِخۡوَٲنً۬ا وَكُنتُمۡ عَلَىٰ شَفَا حُفۡرَةٍ۬ مِّنَ ٱلنَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنۡہَا‌ۗ كَذَٲلِكَ يُبَيِّنُ ٱللَّهُ لَكُمۡ ءَايَـٰتِهِۦ لَعَلَّكُمۡ تَہۡتَدُونَ ١٠٣
103. dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, Maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk. (al-Imran : 103)
            Jadikan ayat ini sebagai peringatan buat kita dalam menjadi pengikut terhadap faham yang kita yakini benar. Jangan sampai kita melanggar maksud peringatan Allah SWT diatas. Ketika mana kita ada pilihan untuk menghindarkan kebencian, permusuhan dan saling-menghormati sesame ahlul kiblah tetapi kita sanggup melabel dan sehingga menghalalkan darah yang lain.
           
            Ali bin Abi Thalib pernah ditanya oleh seseorang, “Mengapa saat Abu Bakar dan Umar menjadi Khalifah keadaannya makmur, namun saat Usman dan kamu menjadi Khalifah, keadaan berubah kacau-bilau?
Jawab Ali, “ Kerana saat Abu Bakar dan Umar menjadi Khalifah, pengikut mereka adalah orang-orang seperti aku dan Usman. Namun, saat aku dan Usman menjadi Khalifah, pengikutnya adalah orang-orang seperti kamu”.




Kamis, 26 Januari 2017

Sikap positif menerima kesalahan diri dan kesalahan orang lain.



"Jangan Pressure" dan "Fokus".


Ada satu pengalaman menarik sewaktu bermain hoki dari peringkat sekolah sampailah negeri  Selangor dalam usia belasan tahun.


Apabila bermain ada satu hal yang pemain kena terima bahawa kemungkinan diri atau kawan yang lain melakukan kesalahan itu sentiasa ada.

Jadi sikap yang terlatih ketika dalam padang adalah, apabila kawan membuat kesalahan, maka ahli yang lain akan memberi semangat dan berkata, “Jangan Pressure” untuk memberi semangat mental kepada kawan yang melakukan kesalahan dan begitu juga supaya sentiasa pasukan fokus kepada permainan berbanding menyalahkan kawan tersebut.

Sikap ini juga penting supaya sentiasa ahli tidak kaku ketika bermain. Kerana takut membuat kesalahan dalam permainan menyebabkan hilang kemampuan untuk bermain dengan lebih baik. Di tengah padang nanti, pemain yang  takut salah akan kurang terlibat kerana takut membuat kesalahan, sedangkan hoki adalah permainan strategik yang memerlukan pergerakan setiap pemain. Ini boleh menjadi punca kepada kegagalan dalam menjalanankan strategi yang dirancang dan menanggung risiko kekalahan.

Maka, diluar sebelum permainan, hubungan antara pemain sentiasa dibentuk dan motivasi kerjasama sentiasa ditanam. Tiada siapa yang boleh merasakan dirinya hebat kerana saling memerlukan antara satu sama lain.

Satu yang sangat indah, kalau ini dapat dipratikan dalam kehidupan realiti. Kerana konsep salah atau betul tidak wujud dalam permainan tetapi juga dalam kehidupan kita. Apabila melihat orang lain membuat salah kita terapkan seolah-olah pemain yang positif dan berkata, “Jangan Pressure” sebagai isyarat, “Tak Mengapa, jangan takut. Masih ada peluang untuk baiki kesalahan”. Dengan matlamatnya adalah memenangkan  suasana yang positif dan membangun cinta.


Kalau dalam permainan hoki saya belajar mengatakan “ Jangan Pressure”, dalam kehidupan seharian saya belajar untuk berkata, “Tak apa, fokus untuk membuat yang terbaik selepas ini”.

Jumat, 20 Januari 2017

Memburu Diksi





Biar dimana pun arah akan aku tuju
Niat ku hanya Satu
Tanpa keinginan dunia yang terbuku
Aku akan terus memburu diksi disetiap kesempatan waktu
Kalau ada pada rasa yang dalam
Aku bersedia untuk menyelam walaupun diancam tenggelam
Kalau ada tinggi di awan
Aku akan terbang walupun risiko jatuh terbenam
Kalau ada tersembunyi dalam kegelapan
Aku akan tetap memasuki walaupun diri meraba-meraba hilang panutan
Aku langsung akan memburu dengan hati
Memburu dengan rasa cinta
Sehingga diksi yang sempurna aku miliki

Memburu Diksi
18012017
An-Nashr



Kamis, 19 Januari 2017

Bagaimana kita dalam bersahabat?








Ada satu puisi yang sering disebut oleh seorang Tokoh Ulama Muslim Kontemporari dari Indonesia, Yang dikenali dengan Gus Dur, atau Kiyai Haji Abdul Rahman Wahid, Puisi Arab Jahiliyyah, Nabighah Al-Dzibyani,

“Engkau tidak akan mendapatkan seorang teman pun
yang terbebas dari celaan-mu
Kerana kelemahan yang ada pada-nya,
Kerana mana ada orang yang bersih dari segala kelamahan.”

Maksud disebalik puisi ini adalah satu kenyataan dan bahkan mungkin kebenaran bahawa tiada yang sempurna untuk kita anggap sebagai sahabat. Dalam diri setiap manusia pasti ada saja cela yang kita ketemu. Jadi mendambakan sahabat yang menepati hati kita pasti tidak ada.

Lalu bagaimana mendapatkan sahabat? Ketika istilah sempurna di pandangan mata sudah tidak ada.
Jawab mereka yang bijak, “Maka kamu jadilah seorang sahabat”.

Membentuk diri kita menjadi sahabat adalah lebih penting memikirkan dari memikirkan siapa sahabat yang layak buat diri kita. Ini adalah tanda kebesaran hati dan keluasan berfikir. Kesediaan untuk terlebih dahulu memberi daripada menerima. Yakinlah pula, jika kita seorang sahabat, kita seorang pemberi, kita pasti akan ketemu hal yang sama.

            Bagiamana jika mereka bersikap sebaliknya?

“Mereka yang lebih rugi adalah yang mesia-siakan sahabatnya”

            Apabila kita memilih untuk menjadi sahabat, kita tidak perlu risaukan sikap yang akan kita terima. Memang dunia ini penuh dengan perkara yang sebaliknya sebagai ujian buat kita. Kadang kita sudah cukup rendah hati dalam kehidupan tetapi ada yang menyombong dan menyakiti diri. Kita sudah cukup memahami dan mendengarkan tetapi ada juga yang akan mengkhianti diri dan bersikap keras dengan diri.

            Apapun tetap ingat pokok yang memberikan buah akan tetap dikenang dari mereka yang memetik buah. Pokok yang berbakti akan dikenang oleh mereka yang juga mempunyai kesedaran untuk memberi dan menjadi peribadi yang baik.

            Pokok yang memberi buah tidak akan dihargai oleh mereka yang cuma tamakan buah dan sekadar mengambil manfaat, itu bahkan biasa dan pokok tidak perlu memperdulikannya. Kerana disebalik itu tetap ada yang akan menghargai. Walaupun sebilangan kecil itu tetap bermakna dan berharga.

Pilih saja menjadi sahabat

Ketika mana manusia bersaing sehingga muncul didepan memakai topeng senyum dan dibelakang menyakiti, bersikap menyokong tetapi sebenarnya menarik kebawah, sakit hati melihat kita senang dan Berjaya, kita tetap saja memilih menjadi sahabat.

Menjaga hati dari menjadi seperti mereka itu lebih penting. Menjaga hati supaya tenang dan positif sangat berharga. Satu hal yang tidak akan didapatkan oleh mereka seperti ini adalah ketenangan. Biarpun mereka berpuas hati kerana menganiaya, menyakiti atau menjatuhkan tetapi mereka tidak akan dapat ketenangan.

“Kamu memiliki emas setinggi gunung
Mendapatkan nama di atas awan
Mendengarkan pujian dari pelbagai penjuru
Tetapi kamu tidak berharga dalam persahabatan
Kamu tidak akan dapatkan namanya yang ketenangan,
Kalau ingin tahu berapa berharga ketenangan,
Tanyalah pada mereka yang telah memiliki segala-galanya
Namun buta mencapai ketenangan.”








Kamis, 17 Maret 2016

Keimanan yang dilupakan

            

             Sebut tentang solat, berbicara mengenai aqidah dan menerangkan mengenai akhlak-akhlak yang mulia dan tercela, semua tadi akan dikaitkan kepada keimanan.  Penjelasan perkara tersebut sudah biasa dan menjadi sesuatu yang dipandang.  Orang yang bersolat disebut sebagai punya iman yang baik begitulah seterusnya lain-lain ibadah dan sehingga kepada penampilan agama dikaitkan dengan keimanan.

            Tinggalkan berbicara apa betul atau benar iman itu sekadar solat atau punya penampilan agama sahaja.

            Kita terus sahaja menambahkan tanpa perlu membawa masalah yang lain. Keimanan yang selalu dilupakan adalah membantu golongan fakir miskin.

            Miskin atau kemiskinan dipandang sebagai sunnahtullah dalam kehidupan ini. Suatu keputusan yang tidak boleh diubah dan dihilangkan.  Apakah benar pandangan seperti ini?
Kerana ada yang sehingga menyebutkan bahawa miskin itu adalah ujian Allah SWT supaya penerimanya berusaha untuk meningkatkan iman.

            Kita mampu berkata kerana bukan kita yang merasai. Mungkin kita seorang yang hidupnya senang-lenang.  Menjadi seseorang yang mudah untuk memiliki sesuatu. Lalu apabila berkata tentang kemiskinan orang lain, kita semudahnya bercakap tentang ujian dan lebih teruk mempersoalkan pula usaha mereka yang ditimpa kemiskinan.

            Inilah keimanan yang telah dilupakan oleh kita hari ini. Ramai yang berbangga dengan tokoh-tokoh tertentu tetapi tidak berbangga-bangga dengan mereka yang sibuk dengan nasib orang-orang miskin. Ramai yang berbangga-bangga dengan keilmuan tetapi tidak berbangga dengan mereka yang memikirkan bagaimana untuk menyelesaikan masalah kemiskinan.

            Memperjuangkan masalah kemiskinan adalah sebahagian dari keimanan yang besar. Jarang disedari kerana sering sombong dengan diri sendiri. Perjuangan menghapuskan kemiskinan adalah ibadah yang besar seiring dengan solat. Kalau solat dikaitkan hubungan dengan Allah swt, maka memperjuangkan kemiskinan adalah hubungan kemanusiaan yang ditinggikan nilainya sehingga menyamai dengan kepentingan solat.

Allah SWT berfirman yang bermaksud dalam surah Al-Maau'n, 

1. tahukah kamu (orang) yang mendustakan agama?
2. Itulah orang yang menghardik anak yatim,
3. dan tidak menganjurkan memberi Makan orang miskin.
4. Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang shalat,
5. (yaitu) orang-orang yang lalai dari shalatnya,
6. orang-orang yang berbuat riya[1603],
7. dan enggan (menolong dengan) barang berguna[1604].

[1603] Riya ialah melakukan sesuatu amal perbuatan tidak untuk mencari keridhaan Allah akan tetapi untuk mencari pujian atau kemasyhuran di masyarakat.
[1604] Sebagian mufassirin mengartikan: enggan membayar zakat.

            Allah Swt menerangkan ciri mereka yang mendustakan agama adalah pertama, meraka yang tidak menjaga kepentingan anak yatim, kedua mereka yang tidak memberi makan kepada fakir miskin dan di ikuti terakhir adalah solat.

            Difahami secara jelas, Allah SWT telah mengutamakan tentang hubungan kemanusiaan lebih dari penyembahan kepadanya. Beerti juga keimanan dalam menjaga hak fakir miskin dan anak yatim itu lebih besar.

            Ayat ini juga sebagai penolakan terhadap pandangan yang datang dari agamawan mahupun awam yang sering mencela dan melupakan orang miskin tanpa memberi bantuan serta mempersoalkan usaha mereka.

Menolak Hujah

و حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْأَعْلَى بْنُ عَبْدِ الْأَعْلَى عَنْ مَعْمَرٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مُسْلِمٍ أَخِي الزُّهْرِيِّ عَنْ حَمْزَةَ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ أَبِيهِ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا تَزَالُ الْمَسْأَلَةُ بِأَحَدِكُمْ حَتَّى يَلْقَى اللَّهَ وَلَيْسَ فِي وَجْهِهِ مُزْعَةُ لَحْمٍ و حَدَّثَنِي عَمْرٌو النَّاقِدُ حَدَّثَنِي إِسْمَعِيلُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ أَخْبَرَنَا مَعْمَرٌ عَنْ أَخِي الزُّهْرِيِّ بِهَذَا الْإِسْنَادِ مِثْلَهُ وَلَمْ يَذْكُرْ مُزْعَةُ
Tidaklah salah seorang dari kalian yg terus meminta-minta, kecuali kelak di hari kiamat ia akan menemui Allah sementara di wajahnya tak ada sepotong daging pun. Dan telah menceritakan kepadaku Amru An Naqid telah menceritakan kepadaku Isma'il bin Ibrahim telah mengabarkan kepada kami Ma'mar dari saudaranya Az Zuhri dgn isnad ini, namun ia tak menyebutkan muz'ah (sepotong). [HR. Muslim No.1724].

Perlu diberi perhatian. Hadis hendaklah diletakan pada tempat yang betul. Bukan semudahnya mengambil hadis dan mengelurkan hukum larangan untuk memberi bantuan kepada fakir miskin. Ada banyak hadis lain yang menyebut-nyebut kelebihan memberi kepada fakir miskin bersama cerita yang sahih tentang kelebihan memberi. Ini memerlukan kebijaksanaan dan pemahaman yang jujur.

Jangan kerana kita tidak mahu memberi, kita menjual hadis ini. Apalah bezanya pula orang yang mengatakan tidak mahu solat dengan alasan kalau solat tidak khusuyuk masuk neraka dan memberi dalilnya. Sedangkan ada dalil lain yang memerintahkan solat walau bagaimana pun keadaan da nada perbicangan dalam kalangan ulama mengenainya.

            Yang betulnya adalah hadis ini seharusnya dipegang sebagai amalan diri sendiri yang membawa kepada maksud berusaha dan melakukan yang terbaik. Sekiranya berhadapan dengan fakir miskin , hadis yang perlu kita ambil adalah hadis memberi itu lebih baik. Sangkaan yang buruk tidak boleh dijadikan sebab larangan meminta-minta. Lihatlah dan fahami hadis melalui sirah Nabi Muhammad SAW juga.

            Apakah selepas Baginda melarang meminta-minta beerti melarang juga memberi kerana alasannya haram ataupun akan menggalakan kemalasan dalam masyarakat. Apa yang ditunjukkan oleh Baginda adalah hidupnya penuh dengan memberi dan membantu mereka yang memerlukan. Sepertimana yang disebut tadi, hadis seperti itu hanya sebagai peringatan supaya kita yang diri sendiri yang mampu supaya berusaha terlebih dahulu.

Hadis yang sepatutnya diambil apabila kita berhadapan dan berbicara tentang kemiskinan atau memerlukan adalah kelebihan memberi dan keutamaannya.

Sebagai contoh,

مَامِنْ يَوْمٍ يَصْبَحُ الْعُبَّاد فِيهِ اِلاَّ وَمَلَكَانِ يِنْزِلاَنِ فَيَقُولُ اَحَدُهُمَا : اَللَّهُمَّ اعْطِ مَنْفقًا خَلفًا. وَيَقُولُ اْلاَخَرُ : اَللهُمَ اعْطِ مُمْسِكًا تَلَفًا. رواه مسلم
"Pada tiap-tiap pagi turun dua malaikat, lalu yang seorang berseru: Ya Allah, berilah pengganti kepada orang membelanjakan! (berinfak atau bersedekah) dan yang kedua berseru: Ya Allah, turunkanlah kebinasaan kepada yang kikir!" (Hadis Riwayat Muslim)

كَفَى بِاْلْمَرْءِ آثِمًا اَنْ يَضِيْعَ مَنْ يَقُوْت. رواه مسلم وأبو داود

"Cukuplah dosa (kebinasaan) bagi seseorang manusia itu hanya dengan kerana membiarkan (menyia-nyiakan) keperluan seseorang yang sangat memerlukan". (Hadis Riwayat Muslim dan Abu Daud)

Manakala dalam Al-Quran Allah SWT berfirman.


75. dan di antara mereka ada Yang membuat janji Dengan Allah Dengan berkata: "Sesungguhnya jika Allah memberi kepada Kami dari limpah kurniaNya, tentulah Kami akan bersedekah, dan tentulah Kami akan menjadi dari orang-orang Yang soleh"
(Surah At-Taubah : 75)

Menyanjungi  mereka yang menyantuni kemiskinan

            Saya secara peribadi kalau ditanya  dizaman ini, siapakah yang lebih mengingatkan saya kepada Nabi Muhammad SAW  dan agama Islam yang indah?
Saya akan menjawab, orang yang turun membantu orang miskin dan berusaha memberi masa, rasa dan jasa kepada mereka.

            Lalu bagaimana dengan Ulama, agamawan, pendakwah?
Saya jawab, ya, apabila mereka membantu orang msikin dan turut berusaha memberi masa, rasa dan jasa.

            Hari Ini, mereka yang sibuk memberikan masa, rasa serta jasa tidak mendapat tempat yang sebegitu besar. Ya, mereka sendiri  tidak mengharapkannya. Sekurangnya paling tidak kita menghargai dan memberi sokongan.

            Akan tetapi sebaliknya pula yang berlaku, mereka kadang-kadang dipersalahkan. Dituduh sebagai cuba menunjuk-nunjuk atau sekadar membuang masa semata-mata. Hairan sekali dengan sikap seperti ini. Tidak tahu apa yang telah hilang dihati mereka dan apa yang mereka fikirkan. Apakah mereka mendapat keuntungan dari kemiskinan yang berlaku atau berasa terganggu dengan mereka yang membela kemiskinan.

            Perjuangan membela kemiskinan adalah tugas yang tersangat mulia. Kemuliaan ini hanya dibebankan kepada orang-orang yang mulia. Dari Para Anbiya seterusnya kepada orang-orang soleh semua berasakan kepentingan dan bertanggungjawab atas persoalan kemiskinan ini. Maka siapa saja yang menyantuni kemiskinan atau membela kemsikinan harus dihargai dan diberi sokongan.
            
       Mereka inilah yang memahami lagi cakna kepada realiti yang berlaku dalam kalangan masyrakat mahupun negara. Kita lihat banyak Pemikir, tokoh dan agamawan yang tampil ke hadapan untuk menyelesaikan masalah kemiskinan. Walaupun mereka tahu kemiskinan bukan sekadar menyantuni atau membela tetapi banyak isu yang harus mereka tempuhi. Tekanan politik, masa dan pengorbanan lain yang tidak terhitung.

            Bagi hati yang penuh cinta dan ikhlas, mereka memahami makna ini sebagai satu keimanan juga.

             Akhir kata, saya penulis memetik kata dari seorang agamawan atau Ulama yang hidupnya penuh kesetiaan kepada agama dengan maksud yang sebenar,

Syeikh Mutawalli Sya’rawi Rahimahullah,

“Jika kamu lihat banyak orang miskin di negara Islam, ketahuilah disana ada orang kaya yang sedang merompak harta mereka.”

Senin, 14 Maret 2016

Bagaimana Aku boleh Mencintaimu



Bagaimana Aku boleh mencintai Mu

Aku terpandang,
Dari terpandang berubah memandang
Tiada apa yang istimewa sekilas pandang,
Istimewa datang kerana pandang berulang-ulang

Kamu tidak memaksa mata untuk terpesona
Kamu cuma berdiri dengan penuh Cinta
Hati-Hati yang kosong akan rebah sempurna
Bersedia memuja dalam suka atau duka

Suara mu meninggalkan rindu
Janjinya bukan janji palsu
Madahnya lembut dan sayu
Yang mendengar kekal terpaku

Jangan tinggalkan diri sepi
Setelah langkah kamu dituruti
Lihatlah aku walau kata dikhianati
Panggilah agar rindu subur kembali



14032016