"Jangan Pressure" dan
"Fokus".
Ada satu pengalaman menarik
sewaktu bermain hoki dari peringkat sekolah sampailah negeri Selangor dalam usia belasan tahun.
Apabila bermain ada satu hal yang
pemain kena terima bahawa kemungkinan diri atau kawan yang lain melakukan
kesalahan itu sentiasa ada.
Jadi sikap yang terlatih ketika
dalam padang adalah, apabila kawan membuat kesalahan, maka ahli yang lain akan memberi
semangat dan berkata, “Jangan Pressure” untuk memberi semangat mental kepada
kawan yang melakukan kesalahan dan begitu juga supaya sentiasa pasukan fokus kepada
permainan berbanding menyalahkan kawan tersebut.
Sikap ini juga penting supaya
sentiasa ahli tidak kaku ketika bermain. Kerana takut membuat kesalahan dalam
permainan menyebabkan hilang kemampuan untuk bermain dengan lebih baik. Di tengah
padang nanti, pemain yang takut salah
akan kurang terlibat kerana takut membuat kesalahan, sedangkan hoki adalah
permainan strategik yang memerlukan pergerakan setiap pemain. Ini boleh menjadi
punca kepada kegagalan dalam menjalanankan strategi yang dirancang dan
menanggung risiko kekalahan.
Maka, diluar sebelum permainan,
hubungan antara pemain sentiasa dibentuk dan motivasi kerjasama sentiasa
ditanam. Tiada siapa yang boleh merasakan dirinya hebat kerana saling
memerlukan antara satu sama lain.
Satu yang sangat indah, kalau ini
dapat dipratikan dalam kehidupan realiti. Kerana konsep salah atau betul tidak
wujud dalam permainan tetapi juga dalam kehidupan kita. Apabila melihat orang
lain membuat salah kita terapkan seolah-olah pemain yang positif dan berkata, “Jangan
Pressure” sebagai isyarat, “Tak Mengapa, jangan takut. Masih ada peluang untuk
baiki kesalahan”. Dengan matlamatnya adalah memenangkan suasana yang positif dan membangun cinta.
Kalau dalam permainan hoki saya
belajar mengatakan “ Jangan Pressure”, dalam kehidupan seharian saya belajar
untuk berkata, “Tak apa, fokus untuk membuat yang terbaik selepas ini”.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar