http://i1.wp.com/3.bp.blogspot.com/-ShK10hLVcuE/VP8DazjJSII/AAAAAAABCiw/k67N156Gkm4/s1600/22.jpg?w=450 |
“Cuba kamu lihat disini Amirul, ada burung cedera.”
“ Pedulikan dulu burung, kita sudah penat berjalan, kita harus cari
tempat berehat disekitar sini.”
Balas Amirul kepada Luqman.
“ Tapi aku ingin merawatnya, warnanya terlalu cantik, lagipun dia masih boleh
sembuh kalau dijaga dengan baik, aku ingin bawa sekali bersama kita.” Kata
Luqman
“Bawalah, pastikan engkau merawat dan menjaganya, kalau tidak biarlah dia
mati menurut takdirnya.”
Amirul dan Luqman
merupakan sasterawan yang berjalan melalui daerah-daerah terpencil, mencari
sumber untuk berkarya, menulis, melukis dan menabur budi. Mereka tidak berasa
senang atau cukup dengan duduk berdiam dan hanya sekadar mencari ilham melalui
bayangan yang terbatas. Dengan berjalan atau mengembara mereka dapat melihat
dunia penuh dengan sumber yang tidak terbatas. Penulisan lebih matang, puisi
lebih indah memberi maksud yang mendalam, sumber melukis luas dan yang paling
membahgiakan adalah berkongsi dengan masyrakat setempat.
Luqman membuat puisi,
“Aku
diam di kamar kecil sendirian
Tetapi
penaku bercakap tetang kemanusiaan
Aku
membuat penilaian dan berasa
mereka
semua dalam kegelapan.
Sesudah
aku keluar seperti burung,
Barulah
aku sedar yang dalam
Kegelapan
itu aku,
Dan
selama di kamar kecil
Aku
rupanya bukan manusia.”
Amirul pernah membaca
puisi luqman yang bertajuk, ‘Aku di
dalam Kamar’. Dia
berasa tersentak dengan puisi ini.
Makanya dia membuat pilihan untuk bersama-sama dengan luqman mengembara dan
mencari makna puisi tadi. Amirul yang sememangnya penulis yang penuh kritikan
dan membuka segala kekurangan dunia, menemui ciri yang berbeza dalam luqman.
Perbezaan ini yang Amirul ingin terus belajar supaya
tidak sekadar seperti memburuk-burukan yang berada ditangan kiri supaya yang
ditangan kananya terlihat indah atau memuliakan diri sendiri dengan cara
menyebut-nyebut keburukan orang, suasana atau pemerintah. Bagi amirul seorang
sasterawan tidak harus begitu.
Dia harus
membawa masyarakat keluar kepada penyelesaian. Selepas lama bersama luqman
mengembara, Amirul pernah menulis satu puisi mengenangkan cara penulisannya
yang dulu dan masyarakat,
“Aku
berkata hitam itu hitam.
Putih
itu putih,
Lalu
aku mengembara jauh,
Diperjalanan
aku melihat bintang
Menjadi
lebih cantik dalam kegelapan
Langit,
Lalu
aku berkat, putih dan hitam rahsia tuhan yang paling dalam.
Aku
berkata,
merah
itu merah,
Biru
itu biru,
Kuning
itu kuning,
Sehinggalah
aku lihat pelangi
Aku
berkata
“merah,
biru, kuning itu warna yang penuh keindahan”
Hampir bertahun mereka
meninggal kampung dan bersama-sama mengembara, banyak yang mereka pelajari,
bahasa, kehidupan dan kepayahan. Berdua mengajakan erti setia kawan dan saling
bantu-membantu. Kerana sudah namanya mengembara pasti jalannya tidak selamanya
datar dan dhiasi tawa dan bahagia. Pernah juga bergantian sakit, menyaksikan
keadaan yang menyedihkan, diganggu, dihina dan lain-lain yang menyakitkan. Semua itu diambil dengan penuh tenang dan memberi mereka
lebih semangat untuk terus mengembara.
***
“Amirul, kita berehat
dipondok sini saja dulu beberapa hari ini sehingga burung ini sembuh.”
“
Baiklah luqman, jalan mahu ke kampung terdekat juga masih jauh lagi.”
“
Burung ini sungguh cantik sekali, sepertinya burung merpati, tetapi bulunya
berwarna-warni.”
“
Kalau tidak salah aku, itu burung merapati juga, namanya Punai Gading.”
“Ya,
sayang kalau dibiar, mungkin kita boleh jadikan dia sebagai teman kita.”
Luqman menjaga
serta burung merpati hijau dan campuran merah jambu dilehernya, warna nya
sungguh cantik dan lembut dipandang. Tetapi sayang burung merapati itu tidak
mampu terbang dan berjalan. Sayapnya patah dan kelihatan kakinya terluka. Entah
malang apa yang mnimpa dirinya. Kalau kerana binatang yang punya angkara, itu
hal yang biasa dialam binatang. Akan tetapi kalau manusia yang punya angkara,
pastinya manusia tersebut penuh dengan kebencian sehingga sanggup bersikap
kasar dengan burung yang cantik seperti ini.
Siang berganti malam, hari berganti
minggu dan hampir sebulan , burung merpati tadi sudah mampu untuk berdiri dan
kelihatan lebih banyak bergerak. Terlihat dia sudah cuba mengepak-ngepak
sayapnya yang patah, mungkin cara dia merawat dirinya supaya mendapat kekuatan
kembali untuk terbang.
Luqman sanggup ke hutan mencari
daun-daun yang boleh dibuat ubat. Masanya dihabiskan untuk merawat burung
merpati tersebut. Amirul cuma bantu-membantu apa yang perlu. Amirul lebih sibuk
berkarya dan membaca buku-buku yang ada.
Luqman terlihat senyum sendiri
melihat kelakuan burung merpati yang sudah mulai sembuh. Senyumnya seperti
sedang berkasih dengan teman pujaan hati. Kadang dia bercakap-cakap dengan
burung merpati tersebut.
“Engkau harus sembuh, sayang kalau
burung secantik engkau mati begitu saja, engkau cukup cantik untuk menghiasi
bumi ini.”
Begitulah antara kata-kata semangat
yag sering diucap Luqman. Mungkin kata-katanya tidak boleh difahami tetapi
keikhlasan dan kecintaan Luqman telah sampai kepada burung merpati sehingga dia
menunjukan kesembuhan.
Setelah hampir sebulan lebih, burung
merpati sudah terbang didalam sangkar kecil. Luqman yang melihatkan burung yang
dijaga dengan baik sudah boleh terbang, gembiranya seperti ayah yang menyambut
kelahiran anaknya. Luar biasa sekali sifat ihsan yang ada jiwa pecinta sehingga
haiwan juga dapat menumpang hikmahnya.
Luqman mengusap-usap burung merpati
kesayangannya setiap hari. Dirapikan bulunya, diberikan makan buah-buahan yang
segar. Amirul kadang bergurau dengan berkata,
“Beruntungnya
aku kalau jadi burung yang cantik dan ditemukan oleh jiwa pencinta seperti
engkau.”
Luqman hanya ketawa dengan kata-kata
tersebut. Dia terlalu senang melihat burung merpati nya sembuh. Kecantikan
warna bulu burung merapati itu lebih hidup apabila dia boleh terbang didalam
sangkar buatan Luqman sendiri. Melihat burung merpati terbang dan memberi makan
satu kepuasan bagi Luqman. Apatahlagi dia yang menjaga dan merawat burung
merpati itu sehingga sembuh.
Cuma ada satu persoalan yang timbul,
apakah burung merpati perlu dilepaskan kembali ke alam raya yang bebas
spertimana burung yang lain. Atau terus menjaganya sebagai teman hiburan
bersama. Luqman takut kalau akn menyiksa burung merpati tersebut kerana
sangkarnya yang terlalu kecil.
Amirul pun pernah berkata, “Luqman kalau
burung ini, biarlah dia terbang bebas kerana disitulah alam dia. Apa yang akan
berlaku nanti sudah sebahagian dari kehidupan, sama seperi manusia juga.
Walaupun dia mati atau apa, sekurang-kurangnya dia menjadi burung yang mana
layaknya.”
“Aku
tahu, tetapi kan tak salah kalau aku jaga dengan baik, hukumya pun harus, aku
suka melihat warnanya yang cantik dan bermain dengannya.” Luqman menjawab dengan sedikit raqu.
Payah untuk menafikan kata-kata
Amirul. Menurut Luqman juga begitu sebenarnya. Mungkin kerana telah
menghabiskan masa dan perhatian kepada burung merpati yang sakit tadi
membuatkannya sayang untuk melepaskan.
Sekiranya melihat burung lain di
pokok, Luqman menjadi teringat kepada burung merpati kesayangannya. Timbul rasa
bersalah dalam dirinya, apakah perlu dia melepaskan burung merpati ke alam yang
luas atau terus dibawanya sehinggalah dia atau burung merpati yang akan mati
dulu.
“Kecintaan tidak pernah dibatasi
atas siapa dan untuk apa”
Setelah lama berfikir, Luqman
membuat keputusan untuk melepaskan burung merpati tersebut. Biarlah dia akan
kehilangan teman yang paling setia dalam mendengar bicara dirinya menurut
Luqman.
***
Esoknya, dipagi hari, mentari masih
lembut menyinar, Luqman melepaskan burung merpati kesayangannya. Awalnya,
terlihat burung merpati itu duduk di atas pohon berdekatan, sepertinya dia juga
tidak menerima untuk dilepaskan pergi.
Namun, akhirnya burung merpati
tersebut terbang mengikut kemahuannya dan tanpa dirinya tahu bagaimana nasibnya
lagi.
Luqman tersenyum sambil menahan air
mataya. Dia sayang dengan burung tersebut tetapi dia harus terima bahawa burung
itu milik alam yang luas. Dia harus mengikut takdirnya sendiri.
Luqman dan Amirul meneruskan
perjalanannya kembali. Semasa dalam
perjalan selepas dari perpisahan dengan burung kesayangannya, Luqman ternampak
sangkar burung dengan anaknya yang kecil. Gaya anak itu membuka mulutnya
menanti makanan dari ibunya membuatkan Luqman yakin dengan keputusannya. Dia
yakin burung merpati yang cantik tadi akan menemukan kehidupannya juga.
Sebagaimana layak seekor burung yang lain.
“Cinta itu
tidak pernah ada batasan,
Terhadap siapa
dan seperti apa,
Cinta itu ada
dalam hati,
ia mengikuti
kemana saja
dengan tujuan,
Untuk memberi
erti dan seri”
Tidak ada komentar:
Posting Komentar