Rabu, 09 Desember 2015

Tidak Sempurna dan Cinta


Menentang kebiasaan memang sulit. Cuba mengubah pandangan yang sudah sering didengarkan akan menarik banyak mata untuk melihat dan banyak mulut untuk bercakap. Lebih mudah untuk menurutkan kebiasaan hati dari kebiasaan yang sebenarnya lebih bermakna. Inilah yang selalu dirasakan oleh mereka yang ingin membawa bahasa cinta.  

Ada yang mengkritik sehingga seolah-olah memperluaskan bahasa cinta itu satu kesalahan. Sebaliknya bahasa kebencian diberi pujian dengan pelbagai alasan. Sebenarnya, tiada alasan yang mampu memenangkan bahasa kebencian, bahasa kebencian dipilih bukan kerana ada alasan tersendiri tetapi kerana hati yang sudah terbiasa didendang dengan kebencian.

Lalu ketika mana ada bahasa-bahasa cinta ingin mencelah kebiasaan itu, diri kita menentangnya kerana kebiasaan kebencian kita telah diganggu. Benci yang dipengaruhi rasa benar sendiri, bangga diri, menghina orang lain dan menghukum emudahnya payah untuk menerima untuk melakukan yang berlawanan sepertinya.

Bahasa cinta adalah rendah hati, meraikan antara satu sama lain dan memahami orang lain lebih dar icuba memahami dir isendiri. Bahasa cinta adalah bahasa yang dibawa oleh Musa as bertemu Firaun, Ibrahim as kepada Namrud, Nabi Muhammad SAW kepada kaum jahiliyah Mekah dan seterusnya.

Di zaman ini sendiri kita dapat melihat dari kalangan orang Islam dan bukan Islam membawa bahasa cinta. Mereka berhasil masuk kedalam zaman dan membentuk periode mereka yang tersendiri. Kata-Kata mereka dicatat yang mana sebelumnya pernah ditentang, kehidupan mereka ditulis yang mana sebelumnya mereka cuba untuk memusnahkannya dan pemikiran cinta mereka tersebar yang mana sebelumnya dihalang.

Bahasa cinta tidak dapat dihentikan. Bahasa cinta mencipta tempatnya sendiri, masuk ke dalam jiwa-jiwa yang ada kekosongan untuk mencintai dan melihat keindahan. Jiwa-Jiwa yang akan menjadi penggerak dan membebankan makna bahasa cinta dengan ikhlas dan sebaik mungkin. Mereka juga tidak sempurna tetapi cinta akan menjadi dalil yang kuat untuk mereka menjadi yang terbaik dan menyebar hal yang baik.

Mahatma Gandhi yang berpegang kepada konsep, ‘tidak akan melukai’, ‘menyakiti’ dan ‘membalas dengan kekerasan’ ketika zaman penjajahan di India telah membuka mata dan hati tentang hebatnya bahasa cinta. Beliau berkata, “Di mana ada cinta, disitu ada kehidupan”.

Di Mana Ada Cinta, Di Situ Ada Kehidupan

            Secara umumnya, ayat yang hebat seperti diatas telah dibuktikan oleh Nabi Muhammad SAW dan banyak tokoh-tokoh lain. Mungkin Mahatma Gandhi menyimpulkan dalam satu ayat yang cukup mudah serta mendalam maknanya untuk diluaskan.

            Percayalah, bahasa Cinta itu tidak terlambat dan ketinggalan. Dia akan menuruti waktu dan bertindak sesuai dengan apa yang diperlukan. Bahasa Cinta juga bukan bahasa yang membawa kebodohan tanpa ada asas mahupun alasan.Sepertimana yang selalu dirisaukan oleh mereka yang berhati benci adalah bahasa cinta lambat untuk memberi kesedaran dan membina perubahan. Alasannya bahasa cinta terlalu menyenangkan dan selesa sehingga hati menjadi lalai untuk menerima dan terpanggil.

            Yang ingin dibawa oleh bahasa cinta bukan sekadar kesedaran dan membina perubahan dari kebiasaan yang tidak baik. Yang ingin disampaikan adalah “kehidupan”. Keidupan inilah yang lebih menjamin dan diperlukan oleh hati dan manusia. Kita banyak melihat manusia yang disedarkan dengan bahasa kebencian akan menciptakan pula suasana kebencian yang lain. Kalaulah perubahan berjaya dibina dari bahasa kebencian, nantinya dating  pula masalah dalam kehidupan.

            Makanya Allah SWT menyuruh Nabi Saw bersikap lembut supaya Nabi SAW tidak akan dijauhi. Walaupun Nabi SAW ingin sekali untuk menyedarkan umatnya dan membawa perubahan tetapi Allah SWT ingin menunjukkan bahawa cara itu sangat penting. Cara itu adalah bahasa cinta. Dan ini terbukti berhasil, walaupun banyak rintangan dan kesakitan tetapi yang dimaksudkan dengan ‘kehidupan’ itu berjaya dilihatkan oleh Nabi Muhammad SAW dan para sahabatnya.

Tidak Sempurna dan Cinta

            Biar yang lainnya mengkritik dengan menggunakan peribadi kita sebagai modalnya sekalipun, jangan pernah berubah. Orang yang benci itu sering mengungkit akan ketidaksempurnaan mereka yang lain dan sebenarnya mereka tidak dapat menerima kekurangan diri mereka sendiri sekalipun. Makanya, mereka ingin orang lain untuk bersama-sama dengan mereka.

            Mereka lupa bahawa tidak sempurna itu adalah tanda manusia. Jadi cintalah yang akan membuat tidak sempurna itu berubah dan tertutup oleh kesempurnaan yang lain. Berbanding sudah jelas tidak sempurna tetapi duduk bersama kebencian, maka hasilnya adalah tidak sempurna yang akan ditambah dengan merosakkan. Merosakkan diri, orang lain dan kehidupan .

            Apa bukti tidak sempurna akan tertutup oleh cinta?

            Mungkin mereka tidak pernah mendengar kisah pelacur member anjing minum yang akhirnya dimuliakan dengan syurga dan bagaimana seseorang yang tidak terkenal tetapi namanya disebut sebagai ahli syurga oleh Nabi SAW serta banyak lagi kisah-kisah lain.

            Namun, kisah si pelacur member anjing minum sudah cukup buat hati yang ingin memahami bahasa cinta. Kisah ini bukan sekadar pilihan dari Allah SWT tetapi juga bagaimana cinta itu memberi manfaat kepada mereka yang memilikinya.

            Pernah ditulis bahawa sikap cinta pelacur itu bukan bermula dari sanggupnya dia turun ke dalam telaga untuk memberi minum kepada seekor anjing tetapi pasti kebiasaan sikap cinta sudah ada pada dirinya. Cinta memahami keadaan nasib orang lain apatahlagi haiwan bukanlah mudah didapatkan oleh hati yang penuh kebencian.

            Mungkin, dia sudah biasa dihina tetapi dia memafkan, dia biasa dibenci tetapi dia tetap untuk memaafkan, dia disebut sebagai pendosa tetapi dia percaya dengan luasnya kebaikan dan rendah hatinya atas diri itu lebih bernilai dari kebanggaan yang terhasil dari amalan. Kerana semua ini hatinya lembut untuk memahami seekor anjing yang tidak mampu member imanfaat kepada dirinya.
         
   Benarlah pesan Nabi SAW yang tidak meremehkan kebaikan dan mengikuti setiap keburukan dengan kebaikan yang membawa maksud kekurangan dengan kelebihan atau  kesilapan dengan kebaikan.

Manakala yang ingin disimpulkan dalam tulisan ini adalah tidak sempurna dengan kecintaan.

Daripada Abu Dzar, beliau berkata: Rasulullah SAW berkata kepadaku:

«اتَّقِ اللَّهِ حَيْثُمَا كُنْتَ، وَأَتْبِعِ السَّيِّئَةَ الحَسَنَةَ تَمْحُهَا، وَخَالِقِ النَّاسَ بِخُلُقٍ حَسَنٍ»

Bertaqwalah kepada Allah dalam apa jua keadaan. Ikutilah kejahatan (dosa) dengan kebaikan yang akan menghapuskannya. Bergaullah dengan manusia dengan akhlak bermutu.

(HR at-Tirmizi di dalam Sunan at-Tirmizi, bilangan: 1987)


Tidak ada komentar:

Posting Komentar