Rabu, 30 Desember 2015

Seuntai Pesanan



Senyumlah.

Jadikan senyum sebagai
 tanda rendah
hatimu,
biarkan mereka yang menyayangimu
berasa dihargai kerananya,
Manakala pembenci akan 
terus sakit kerana
 membenci kamu,


Andai nanti ada 
yang menyedihkan hati,

Ingatlah.

bahawa kamu adalah ciptaan yang tidak
disia-siakan oleh tuhan Ar-Rahman,
Kebaikan buat diri kamu 
sudah ditulis dan tersimpan
Sabarlah kebaikan itu akan datang
kerana kebaikan jiwa kamu,

Pada setiap pertemuan
ada jaminan terjalin hubungan,
tetapi tidak dijamin bersama selamanya,
Satu hari semuanya akan menjadi kenangan
yang membuat diri tersenyum dan ingin 
kembali menikmati semula.

Hargailah semampunya hari ini, 
jauhkan kebencian sejauh mungkin.

Semoga tuhan membahgiakan kamu
dalam kecintaan dan orang yang mencintai. 


30122015

Tidak ada komentar:

Posting Komentar