Sabtu, 21 November 2015

Kisah Burung Nuri

Dikisahkan tentang dua ekor burung nuri,
Keduanya saling berbalah kerana sifat bangga diri,
Si Nuri hijau suka dengan warna bulunya, hijau warna yang tenang, lambang kehidupan, pokok-pokok, padang yang luas terbentang.
Si nuri Merah turut memuji warna bulunya, merah warna keberanian, lambang kemegahan, darah syahid yang mengalir, semangat yang kental dan tidak takut kepada musuh.
Masing-Masing memang tidak mahu mengalah.
Si Nuri Hijau berkata-kata, As-Salamm...As-Salamm...As-Salammm...
bagi melihatkan kecerdikannya.
Si Nuri Merah pula menyebut-nyebut, biarlah untung..biarlah untung..biarlah untung...
SI Nuri Hijau dan Merah mendengar perkataan ini dari pemburu yang sama.
Berbeza kata-kata kerana Si Nuri Hijau tinggal dekat dengan pemburu.
Sebelum pergi berburu, pemburu akan mengucapkan As-Salamm.. As-Salamm..As-Salamm...
Mnakala Si Nuri Merah dekat dengan jerat si pemburu. Acapkali memasang jerat, pemburu akan berkata, biarlah untung..biarlah untung..biarlah untung..
Tidak cukup, dinilai siapa yang lebih tangkas terbang.
Berlumbalah kedua-keduanya untuk sampai ke penghujung.
Seperti dijangka, Si Nuri Hijau dan Merah sama tiba di penghujung.
Termenung Si Nuri Hijau dan Merah tidak tahu siapa yang lebih bagus.
Perlumbaan dan perbalahan ini dilihat oleh burung Walit secara senyap.
Si burung Walit berniat ingin mengambil kesempatan dari pergaduhan ini.
Ia berkata, "Kalau ingin tahu siapa yang lebih baik, cantik dan bernilai, masuklah ke dalam jerat pemburu."
Tanpa berfikir, masuklah kedua-duanya ke dalam jerat si pemburu.
Sukalah Si walit dan beruntung si pemburu.
Terperangkap dan tidak dapat keluar lagi.
Si Nuri Merah dan Hijau menyesal tak sudah.
Dikutkan perasaan bangga dengan kelebihan yang ada, akhirnya memakan diri.
Pemburu cuma menjual Si Nuri Hijau dan Merah dengan harga yang sama.
Sedarlah Si Nuri Hijau dan Merah nilai mereka sama, tiada beza.
Walaupun ada perbandingan, diluar mereka cuma seekor burung Nuri.

Kisah Burung Nuri
20122013
an-nashr

Tidak ada komentar:

Posting Komentar